Tiga maut pikap Hilux rempuh belakang Vios di SPDH Port Dickson

Tiga maut pikap Hilux rempuh belakang Vios di SPDH Port Dickson

Tiga maut pikap Hilux rempuh belakang Vios di SPDH Port Dickson
Keadaan Toyota Vios yang remuk selepas dirempuh dari belakang sebuah pikap di Lebuhraya Seremban-Port Dickson tengah hari tadi. – Foto Bomba

PORT DICKSON: Tiga maut dalam kemalangan di Kilometer 20.8 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) di sini tengah hari tadi membabitkan sebuah Toyota Vios dan sebuah pikap.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata dalam nahas jam 1.00 tengah hari, Vios dipercayai dirempuh dari belakang sebuah pikap menyebabkan tiga maut di tempat kejadian manakala pemandu pikap tidak cedera.

Ketika kemalangan berlaku, kedua-dua kenderaan dalam perjalanan menuju Port Dickson. Akibat rempuhan pikap, tiga individu termasuk seorang remaja dalam Vios, maut.



Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II, Shahrudin Saari berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 1.03 tengah hari tadi.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Toyota Vios.

“Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dan didapati terdapat enam mangsa dalam Toyota Vios.

“Mangsa yang maut di tempat kejadian iaitu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan dua wanita berusia 35 tahun dan 51 tahun. Tiga lagi mangsa yang cedera dihantar untuk rawatan di Hospital Port Dickson,” katanya.



Lelaki maut ‘ditembak’ anjing

Tiga maut pikap Hilux rempuh belakang Vios di SPDH Port Dickson


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button