AS kritik China sebabkan pengawal pantai Filipina buta

AS kritik China sebabkan pengawal pantai Filipina buta

AS kritik China sebabkan pengawal pantai Filipina buta

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengkritik tindakan China yang dilaporkan menyuluh lampu laser gred tentera terhadap kru kapal pengawal pantai Filipina di Laut China Selatan minggu lalu.

Tindakan itu menyebabkan kru kapal itu buta buat sementara waktu.



Jabatan Negara, Ned Price berkata, kelakuan pengawal pantai China adalah provokatif dan tidak selamat sehingga mengakibatkan kebutaan sementara anak kapal.

“AS berdiri bersama sekutu Filipina kami dalam mendepani laporan pengawal pantai republik rakyat China menggunakan peranti laser terhadap anak kapal pengawal pantai Filipina,” kata Price.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada 6 Februari lalu hampir 20 kilometerdari Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly, di mana tentera marin Filipina ditempatkan, kata Pengawal Pantai Filipina.

Terdapat beberapa siri insiden maritim di antara Filipina dan China yang menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan sehingga mengabaikan keputusan mahkamah antarabangsa bahawa tuntutan China tidak mempunyai asas undang-undang.



Beberapa hari sebelum kejadian terbaharu ini, AS dan Filipina bersetuju untuk menyambung semula rondaan bersama di laut dan memeterai perjanjian untuk memberi akses kepada tentera AS empat lagi pangkalan tentera di negara Asia Tenggara itu.

Price berkata, tingkah laku operasi berbahaya China secara tidak langsung mengancam keamanan dan kestabilan serantau, melanggar kebebasan pelayaran di Laut China Selatan dan menjejaskan ketenteraman antarabangsa berasaskan peraturan. -AFP

Umum rehat politik, Azmin takut kalah



AS kritik China sebabkan pengawal pantai Filipina buta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading