Namie Dedah Ada Wanita Cuba Masuk ‘Line’, Lega Isteri Tak Cepat Melatah

Dengan populariti yang kian melonjak, pelawak Namie akui ada wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri keduanya.

Isteri tahu segalanya

Ketika ditemui OhBulan!, Namie menyatakan terdapat saja wanita yang cuba untuk menggodanya. Walau bagaimanapun, Namie turut akui bahawa segala aktiviti seperti komen dan mesejnya diketahui oleh isteri, Izzatul Akma.

Apa saja privasi saya, semua isteri tahu. Apa saja benda yang masuk IG, TikTok, FB dan Live semuanya isteri tahu. Jadi, isteri tahu itu bukan daripada saya.



Isteri seorang yang profesional, jadi dia tak perlu rasa ‘panas’, sakit hati sebab dia tahu yang buat itu orang kepada kita, bukan kita kepada orang.

Minta untuk bermadu

Dalam pada itu, Namie berkata ada netizen yang berani mesej dengan isterinya untuk minta izin bermadu.

Ada juga yang wanita yang berani cakap ‘tak nak tambah nombor dua ke?’. Kadnag-kadang yang direct ke isteri saya pun ada, contoh ‘kak, tak rasa nak bermadu ke?’.

Macam saya cakap tadi, saya tak buat, orang yang buat kepada saya. Isteri saya gelak saja la.



Namie berkata demikian pada sidang media rancangan komedi UBI SUPERSTAR LIVE yang diadakan di Mighty Monster MyTown, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Namie sah bergelar suami kepada Izzatul Akma pada Mei 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Alisa pada Mac tahun lalu.

OHBulan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading