Bayaran khidmat GRO ikut selempang, harga sehingga RM1,000

Bayaran khidmat GRO ikut selempang, harga sehingga RM1,000

Bayaran khidmat GRO ikut selempang, harga sehingga RM1,000
Antara warga asing yang ditahan ketika Operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu. – Foto NSTP/Mohamad Sharil Badri Saali

KUALA LUMPUR: Menutup pintu masuk utama seolah-olah tidak beroperasi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Itu modus operandi dilakukan sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Besi Off Jalan Pudu, di sini, yang menawarkan khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO).

Bagaimanapun, helah itu terbongkar dalam serbuan dilakukan 100 pegawai penguakuasa Imigresen termasuk 46 dari Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) di premis berkenaan jam 12.30 tengah malam tadi.



Seorang pekerja pusat hiburan itu memaklumkan premis berkenaan menawarkan khidmat GRO pada harga serendah RM100 hingga RM1,000.

“Pelanggan akan mengalungkan selempang yang tertera jumlah wang yang mahu diberikan kepada mana-mana wanita mereka minat.

“Wanita itu yang juga diberikan tip akan menemani mereka (pelanggan) karaoke dan minum,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, awal pagi tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin, berkata seramai 254 individu diperiksa dalam operasi berkenaan.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Daripada jumlah itu, kami menahan 127 warga asing terdiri daripada 104 wanita membabitkan 85 warga Thailand, Vietnam (11), Laos (5), Indonesia (3) serta 23 lelaki dari Bangladesh (11), China (8), Thailand (3) dan India (1).

“Selain itu, kami menahan lapan individu tempatan yang bekerja di premis berkenaan. Semua individu yang ditahan berusia antara 20 hingga 45 tahun.

“Kami turut menahan seorang lelaki tempatan iaitu pengunjung di pusat hiburan itu yang melakukan provokasi terhadap anggota bertugas kerana mahu keluar dari premis berkenaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Imigresen Kuala Lumpur, di sini, awal pagi tadi.

Syamsul berkata, pusat hiburan empat tingkat itu dilihat seperti tidak beroperasi dengan pintu utama ditutup.



“Pemeriksaan dilakukan mendapati pusat hiburan ini mempunyai banyak bilik karaoke serta bilik rahsia yang digunakan untuk mereka melarikan diri dan menyorok.

“Kita percaya wanita warga asing yang ditahan ini menawarkan khidmat sebagai teman minum serta karaoke bagi menarik minat pelanggan berkunjung ke premis terbabit,” katanya.

Katanya, semua warga asing yang ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) dan Seksyen 6 (1) (c) akta sama.

Panglima Salleh wira Parit Sulong



Bayaran khidmat GRO ikut selempang, harga sehingga RM1,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button