Rumah diceroboh empat perompak di tengah hari

Rumah diceroboh empat perompak di tengah hari
Sekumpulan penjenayah bertopeng serta berparang menyamun di sebuah rumah di Taman Petaling, Klang, semalam.

KLANG: Lima sekeluarga di Taman Petaling, dekat sini berdepan detik cemas dan menakutkan apabila sekumpulan penjenayah bertopeng serta berparang memecah masuk rumah mereka dan melarikan barang kemas serta wang tunai kira-kira RM24,000.

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, salah seorang mangsa juga cedera akibat dipukul oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata rumah teres dua tingkat berkenaan dihuni empat wanita dan seorang lelaki berusia 38 hingga 70 tahun.

Katanya, empat suspek yang memakai topeng, sarung tangan serta bersenjatakan parang itu menaiki kereta Proton Waja dan memasuki rumah berkenaan menerusi pintu belakang.



“Suspek dipercayai turut menendang hidung, memukul dengan kayu dan mengetuk kepala seorang wanita berusia 45 tahun dengan parang.

“Mereka bertindak menyelongkar bilik dan mengambil wang tunai RM4,000, lima telefon bimbit dan pelbagai barang kemas dianggarkan bernilai RM20,000 sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta yang sama,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Hoong Fong berkata pihaknya menerima maklumat bahawa kenderaan yang digunakan oleh suspek dijumpai di sebuah lorong perumahan kawasan Taman Desawan, Klang.

Bagaimanapun, katanya ketika polis tiba di lokasi suspek sudah melarikan diri dan hasil semakan terhadap nombor pendaftaran kereta itu mendapati ia palsu.



“Hasil pemeriksaan ke atas kereta menemui beberapa barang kes dan usaha mengesan kesemua suspek masih giat dilaksanakan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial memaparkan empat lelaki bertopeng keluar dari sebuah rumah berkenaan dan menaiki sebuah kereta.

7 lelaki bertopeng, bersenjata parang samun keluarga warga emas RM80,000



Rumah diceroboh empat perompak di tengah hari





Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading