Warga emas maut

Anak cedera kereta dinaiki langgar treler

Warga emas maut

Warga emas maut
Seorang warga emas maut dan anaknya cedera dalam kemalangan di Kilometer 334.4 Lebuh Raya PLUS arah utara awal pagi tadi. Foto ihsan polis

TAPAH: Seorang wanita warga emas maut, manakala anak perempuannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 334.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa, Ng Gim Chuang,81, meninggal dunia selepas menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tapah dan anak perempuannya yang berumur 55 tahun cedera di dahi, manakala menantu lelaki berumur 63 tahun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata kemalangan itu berlaku ketika treler membawa muatan alat ganti dalam perjalanan dari Johor menuju ke Pasang Besar, Perlis, hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar besi penghadang di tengah lebuh raya berkenaan.

Warga emas maut



“Ketika itu, kereta yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah sama dipercayai hilang kawalan dan melanggar kon sebelum terbabas melanggar bahagian belakang treler terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Wan Azharuddin berkata, akibat perlanggaran terbabit, wanita warga emas yang juga penumpang belakang kereta itu meninggal dunia pada jam 8.15 pagi ketika mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Tapah.

Warga emas maut
Kemalangan di Kilometer (KM) 334.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara membabitkan sebuah treler dan kereta ,awal pagi tadi, hari ini. – Foto NSTP/Ihsan PDRM

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Kita meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor P Prathiparaj di talian 014-6178095,” katanya.

SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?



Warga emas maut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading