Karipap Kentang Special Ramadhan

Karipap Kentang Special Ramadhan
Karipap Kentang Special Ramadhan

 

Hi Semua, Assalamualaikum. Awal-awal puasa ni Che Nom harap kita masih dalam mood resepi kuih muih, sebab kalau bukak puasa wajib la nak kena ada kuih kan? Che Nom nak share resepi kuih karipap, bukan karipap pusing tapi karipap biasa, tak payah pusing-pusing. Kalau nak dibandingkan karipap pusing dengan karipap tak pusing, Che Nom lebih suka makan karipap yang biasa. Macam ada sesetengah orang lebih suka karipap pusing. Itu selera masing-masinglah kan. Resepi karipap pusing Che Nom dah pernah share bulan puasa tahun lepas. Sesiapa nak cuba boleh tengok video yang lepas ye. Hasil anggaran 35-40 biji karipap

 

Bahan-bahan:

 



  • Bahan-bahan kulit karipap:
    • 500g /4 cawan tepung gandum
    • 2 sudu besar tepung beras
    • 125ml /½ cawan minyak masak
    • 28g /2 sudu besar majerin
    • 250ml /1 cawan air (**ralat: abaikan 125ml di video)
    • 1 sudu kecil garam
  • Bahan-bahan untuk inti keledek:
    • 1½ cawan tepung gandum
    • 1 kilo keledek oren
    • 2 biji bawang merah besar
    • 4 ulas bawang putih
    • 6-7 tangkai cili kering
    • 45g /½ mangkuk ikan bilis
    • ATAU 3 sudu besar udang kering
    • ½ cawan minyak masak
    • Rempah 3 sekawan (1 kayu manis, 3 cengkih, 2 bunga lavano)
    • 2 tangkai daun kari
    • Garam secukup rasa
    • Serbuk perasa (jika suka)
    • Anggaran 2 sudu besar gula
    • Air secukupnya
    • 2 sudu besar rempah kari ayam atau daging
    • Daun sup

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk kulit karipap:
    1. Panaskan minyak bersama majerin sehingga cair lalu masukkan kedalam tepung.
    2. Gaul kesemua bahan sehingga menjadi serbuk kasar seperti serbuk roti.
    3. Larutkan garam kedalam air sejuk lalu tuang sedikit demi sedikit kedalam tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
    4. Selepas doh sudah lembut, rehatkan doh dalam peti sejuk selama anggaran masa 1 jam dan tutup bekas isi doh dengan plastik.
  2. Cara-cara untuk inti karipap:
    1. Kisar halus bawang besar.
    2. Bancuh rempah kari daging dan serbuk cili dengan sedikit air.
    3. Panaskan minyak dan tumis bawang kisar halus sehingga kekuningan.
    4. Masukkan daun kari lalu tuang bancuhan rempah dan masak sehingga rempah pecah minyak.
    5. Selepas rempah sudah masak, masukkan daging kisar dan serbuk lada hitam.
    6. Tumis daging sehingga agak masak lalu masukkan potongan dadu kentang dan gaul kesemuanya.
    7. Tuang air dan kiub ayam kedalam bahan. Teruskan masak sehingga kentang lembut dan kacau bahan.
    8. Tambah potongan dadu bawang besar, gula dan garam secukup rasa.
    9. Kemudian, masak sehingga kentang empuk dan kuah menjadi kering.
  3. Cara-cara untuk bentuk karipap kentang:
    1. Bahagi doh kepada saiz yang kecil dan timbang pada 25g/20g (pilihan).
    2. Bulatkan doh lalu leperkan sehingga agak nipis.
    3. Letak inti ditengah bulatan doh yang dileperkan dan lipat dua.
    4. Tekan bahagian tepi dan kelim doh karipap dengan agak kemas.
    5. Panaskan minyak dan goreng sehingga perang sekata. Kerap balikkan karipap ketika menggoreng lalu angkat dan toskan minyak selepas karipap kelihatan sudah masak.
    6. Kemudian, karipap kentang siap untuk dihidang dan makan.

 

Tip:

 



  • Bahan untuk rangupkan kulit karipap adalah minyak. Jadi selain minyak masak, boleh saja gunakan minyak jagung ataupun minyak canalo.
  • Selain daripada minyak, pengurangan air kedalam doh juga boleh rangupkan kulit karipap.
  • Doh tidak perlu diuli lama dan rehatkan sebentar.
  • Jika tidak makan daging, boleh sahaja gantikan dengan ayam ataupun cendawan.
  • Ketika ingin bentukkan doh, tutup doh-doh yang lain dahulu dengan kain bagi menggelakkan doh menjadi kering.
  • Bagi menggelakkan kelim karipap tidak mudah terbuka, sapukan bahagian tepi doh karipap dengan sedikit air terutamanya jika menggunakan acuan karipap.
  • Penuhkan isi inti kentang dan keluarkan semua udara semasa kelim kentang.
  • Jika mahu sejuk bekukan (frozen) karipap, sejukkan karipada dalam peti sejuk beku seketika sehingga agak keras dan simpan dalam bekas kedap udara ataupun didalam plastik. Kemudian, simpan semula karipap kedalam peti sejuk beku.
  • Goreng karipap menggunakan minyak yang banyak dan api yang sederhana untuk dapatkan karipap yang lebih rangup serta masak perang sekata.

 

Resepi Karipap Kentang Ayam

Karipap Kentang Special Ramadhan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button