Mayat lelaki ditemui di kebun buah naga dipercayai dibunuh
Mayat lelaki ditemui di kebun buah naga dipercayai dibunuh
PORT DICKSON: Seorang lelaki ditemui mati tertiarap dengan kedua-dua tangan dan kaki berikat tali di kebun buah Naga Site A, Tanah Merah, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata mayat berkenaan juga tidak berbaju dan hanya memakai seluar berwarna hitam.
Katanya, selepas menerima maklumat awal kematian pada jam 2.52 petang, Pembantu Pegawai Perubatan Klinik Bukit Pelandok datang dan mengesahkan lelaki itu sudah mati namun punca kematian tidak diketahui.
“Siasatan mendapati, mangsa berusia 44 tahun mewarisi kebun keluarga kira-kira lima tahun lalu.
Aidi Sham berkata, pemeriksaan ke atas tubuh badan si mati, polis menjumpai sebuah dompet yang mempunyai dokumen pengenalan diri.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas mangsa, terdapat kesan kecederaan pada kepala dan belakang badan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MTAR ilham Wan Rosdy untuk generasi baru
- Pemecatan Lokman Adam Di Batalkan, Bakal Bertanding Naib Presiden UMNO
- Muhyiddin Letakkan Kesalahan Kepada Zafrul Tetapi Akui Beliau Yang Cadangkan Nama Kontraktor
- Muhyiddin Pegawai Media Baharu SPRM
“Barangan lain milik si mati iaitu sebuah telefon bimbit dan motosikal SM Sport milik mangsa tidak dijumpai, disyaki sudah dilarikan suspek,” katanya.
Beliau berkata, bapanya memaklumkan kali terakhir si mati dilihatnya adalah ketika datang menghantar makanan kira-kira jam 6 petang, 17 Februari lalu.
“Hasil temu bual dengan keluarga mangsa, mereka memberitahu si mati ada mengambil seorang pekerja warga Myanmar tetapi sudah menghilangkan diri,” katanya.
Bertindak atas maklumat, katanya, sepasukan polis diketuai Cawangan Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah IPKNS dibantu Bahagian Jenayah IPD Port Dickson menahan empat suspek warga Myanmar di Shah Alam, Selangor, jam 11.40 pagi tadi.
Katanya, mereka ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Aidi Sham berkata, berikutan penahanan itu, polis menemui semula sebuah motosikal milik si mati yang disorokkan suspek di sebuah kebun kelapa sawit Site A, Tanah Merah, Port Dickson, kira-kira jam 6 petang tadi.
“Suspek berusia dalam lingkungan 19 tahun hingga 49 tahun dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Siasatan awal terhadap suspek yang ditahan, mereka mengaku terbabit dalam kes yang disiasat.
“Dengan penangkapan itu, pihak polis percaya berjaya menyelesaikan kes dalam tempoh kurang 24 jam. Kami tidak menolak motif kejadian berunsurkan dendam,” katanya.
Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majisteret Port Dickson, esok untuk ditahan reman.
Mayat lelaki ditemui di kebun buah naga dipercayai dibunuh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?
- Perlantikan Tengku Zafrul Sebagai Ahli MKT, Satu Kesilapan Atau Strategi Berkesan?
- Dewan Rakyat mahu tahu apa sudah jadi pada kes rasuah Hakim Nazlan lantikan Mahathir.
- Sah Ismail Sabri tidak pertahan jawatan Naib Presiden
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti