Resepi Burger Malaysia

Resepi Burger Malaysia
Resepi Burger Malaysia

 

Kali ni Che Nom nak kongsikan resepi Burger Malaysia atau ada yang panggil Pau sambal. Burger Malaysia ni ialah doh roti yang digoreng, kemudian diisi dengan inti sambal bilis, dan hirisan timun. Kalau nak meriah lagi boleh tambah dengan sayur salad.

Untuk doh roti Che Nom ambil resepi dari perkongsian Facebook Azlina Ina, dan beliau memang bermurah hati berkongsi resepi yang dibuat berniaga.

Resepi asal dalam sukatan gram, dan Che Nom share juga sukatan sudu dan cawan metrik untuk mudahkan sesiapa yang nak mencuba. Untuk sambal bilis pula, resepi yang dikongsi adalah yang biasa Che Nom masak kat rumah dan memang sesuai sangat untuk dipadankan kan dengan pau atau roti goreng.



Hasil roti dalam video ni sangatlah lembut dan gebu, bila kita makan dengan sambal bilis yang pekat dan pedas, serta sayuran tu, sangatlah sedap. Sesiapa yg nak buat berniaga pun sesuai sangat ni.

Berat setiap doh ialah 35g Anggaran hasil 50-55 biji

 

Bahan-bahan:

 



  • Bahan-bahan untuk sambal bilis:
    • 3 ulas bawang merah kecil
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 biji bawang besar
    • ½ cawan ikan bilis
    • 20-25 tangkai cili kering
    • Sedikit air
    • Minyak masak
    • Anggaran 300g ikan bilis
    • 1 biji hirisan bawang besar
    • 1 sudu besar sos tiram
    • Gula melaka
    • 2-3 sudu besar air asam jawa
    • Sedikit gula putih (pilihan)
    • Garam secukup rasa
    • ½ biji hirisan bawang holland
  • Bahan-bahan untuk doh roti:
    • 1kg tepung roti atau hi-protein
    • 3g / ½ sudu kecil garam halus
    • 10g / 1 sudu besar yis kering
    • 5g / 2 sudu kecil bread improver
    • 110g / ½ cawan gula kastor
    • 40g / 5 sudu besar susu tepung
    • 1 biji telur zaiz B
    • 550ml air sejuk
    • 100g / 7 sudu besar marjerin
  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • 1 batang timun
    • Daun salad

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk sambal bilis:
    1. Kisar halus bawang besar, bawang putih, bawang merah kecil, ikan bilis dan cili kering bersama sedikit air.
    2. Goreng ikan bilis hingga keperangan dan angkat.
    3. Tumis hirisan bawang besar sehingga layu tetapi jangan biarkan garing, lalu masukkan sambal bahan kisar halus. Masak sehingga sambal sedikit kering dan pecah minyak.
    4. Masukkan sos tiram, gula melaka, air pati asam jawa dan sedikit gula putih (pilihan). Teruskan masak sambal dalam anggaran masa 15-20 minit.
    5. Masukkan hirisan bawang holland, garam secukup rasa dan ikan bilis goreng. Kacau seketika lalu tutup api.
  2. Cara-cara untuk doh roti:
    1. Panaskan minyak bersama majerin hingga mendidih.
    2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung gandum. Tuang cairan minyak
    3. Masukkan garam halus dan yis kering kedalam satu bekas tepung roti atau hi-protein tanpa bercampur. Gaul kedua-dua bahan dengan tepung dahulu.
    4. Masukkan bread improver, gula kastor dan susu tepung lalu mula menguli bahan.
    5. Masukkan telur dan tuang air sejuk sedikit demi sedikit kedalam adunan.
    6. Selepas adunan kelihatan agak bergumpal, masukkan marjerin dan terus uli sehingga menjadi doh kenyal, licin dan tidak melekat.
    7. Biarkan doh rehat seketika dan menjadi kembang.
    8. Selepas doh kembang, tumbuk doh untuk keluarkan udara didalamnya.
    9. Timbang doh 35gram untuk setiap satu lalu bentukkan doh menjadi bulat dan susun diatas dulang yang beralas kertas minyak. Biarkan doh seketika sehingga agak kembang.
    10. Goreng doh dengan api perlahan sehingga menjadi perang sekata kedua-dua bahagian.
    11. Angkat dan toskan minyak.
  3. Cara-cara untuk hiasan:
    1. Belah dua roti apabila sudah sejuk.
    2. Sudukan sambal ikan bilis kedalam roti dan letak hirisan nipis timun serta daun salad.
    3. Kemudian, burger Malaysia siap untuk dihidang.

 

Tip:

 



  • Selepas basuh dan bersihkan ikan bilis, pastikan air ditos sehingga kering agar ikan bilis yang digoreng mudah garing.
  • Jika mahu masukkan belacan ke dalam sambal, boleh saja digantikan dengan sos tiram.
  • Pastikan garam dan yis kering yang dimasukkan kedalam bekas tepung roti tidak dicampur. Jangan diletakkan keduanya bersama.
  • Tabur tepung diatas dulang dan alaskan dengan kertas minyak untuk mengelakkan doh melekat ketika dimasak.
  • Elakkan daripada kerap mengalih atau membalikkan doh ketika menggoreng supaya minyak tidak mudah serap kedalam doh roti. Jika boleh, hanya alih sekali sehaja apabila doh kelihatan perang.
  • Bagi dapatkan bentuk doh roti yang cantik, goreng dahulu bahagian atas sehingga keperangan dan kembang. Kemudian, barulah alihkan bahagian yang bawah.

Resepi Burger Malaysia terbaik

Resepi Burger Malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button