Zahid muncul di perbicaraan Najib

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Zahid muncul di perbicaraan Najib

Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Zahid Hamidi muncul semasa perbicaraan bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan pagi ini.



Menurut laporan sebuah portal, Zahid dilihat sempat bercakap dengan Najib ketika audio Mahkamah diperbaiki.

Sebelum itu, semasa prosiding dihentikan seketika, bekas perdana menteri Najib Razak kelihatan berada di galeri awam dan bercakap dengan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. – Laporan MalaysiaKini 20/2/2023

Najib berada di Mahkamah untuk permohonan semakan semula bagi membatalkan keputusan bagi kes SRC.

Laporan selanjutnya akan menyusul.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button