Jokowi gesa Basarnas majukan teknologi SAR
Jokowi gesa Basarnas majukan teknologi SAR
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menggesa Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) untuk menambah lebih banyak teknologi termaju yang akan mempercepatkan usaha mencari dan menyelamat mangsa bencana (SAR) di negara itu.
Menurut Jokowi, Basarnas adalah harapan utama kepada mangsa dan keluarga dalam pengurusan bencana.
“Basarnas sudah mempunyai banyak peralatan dan teknologi untuk mengurangkan bencana, tetapi peralatan dan teknologi baharu yang lebih canggih adalah penting untuk mempercepatkan usaha mencari dan menyelamat mangsa bencana,” kata Jokowi semasa pertemuan dengan pegawai Basarnas di Jakarta.
Jokowi merujuk kepada negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS) yang sudah memiliki banyak teknologi canggih seperti dron penyelamat untuk memindahkan mangsa, robot ular yang boleh mengesan lokasi mangsa di laluan sempit termasuk robot penyelam yang boleh mencari mangsa 1,000 meter di bawah permukaan air dan darat.
Selain memajukan teknologi SAR yang lebih canggih, Jokowi juga menggesa Basarnas menambah lebih banyak peralatan keselamatan untuk melindungi anggota SAR seperti sut jet ala ‘Iron Man’ yang akan melindungi anggota pasukan dalam usaha mencari dan menyelamat 3,600 meter di atas permukaan.
Jokowi turut meminta Basarnas untuk mencadangkan pelan bajet bagi penggunaan teknologi berkenaan secepat mungkin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MTAR ilham Wan Rosdy untuk generasi baru
- Pemecatan Lokman Adam Di Batalkan, Bakal Bertanding Naib Presiden UMNO
- Muhyiddin Letakkan Kesalahan Kepada Zafrul Tetapi Akui Beliau Yang Cadangkan Nama Kontraktor
- Muhyiddin Pegawai Media Baharu SPRM
“Saya tidak tahu bajet itu ada atau tidak, tetapi jika tiada, sudah pasti ia mesti dicadangkan segera,” kata Jokowi.
Selain perolehan teknologi, Jokowi turut mendorong Basarnas untuk mempergiatkan pendidikan kepada rakyat berhubung pertolongan cemas apabila berlaku bencana.-AGENSI
Jokowi gesa Basarnas majukan teknologi SAR
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?
- Perlantikan Tengku Zafrul Sebagai Ahli MKT, Satu Kesilapan Atau Strategi Berkesan?
- Dewan Rakyat mahu tahu apa sudah jadi pada kes rasuah Hakim Nazlan lantikan Mahathir.
- Sah Ismail Sabri tidak pertahan jawatan Naib Presiden
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti