Resepi Sardin Bujang Buat Hidangan PKP 3.0

Resepi Sardin Bujang
Ilustrasi Hiasan Sardin Bujang PKP 3.0


Sardin Bujang boleh dikatakan menjadi pilIhan untuk orang bujang yang sibuk dengan urusan pekerjaan.

Kena pula PKP 3.0 sedang berlangsung dan kedai makan hanya boleh berniaga sehingga jam 8 malam sahaja.

Resepi ringkas dan mudah disediakan untuk dinikmati bersama rakan serumah mahupun keluarga.

Sardin Tin
Pelbagai Pilihan Sardin Dalam Pasaran

 Hanya perlu pilih sardin atau makarel dalam tin yang sesuai dengan selera anda.



Banyak pilihan jenama sardin terdapat dalam pasaran cuma terpulang kepada anda.

Perbezaan harga tentulah menjadi kriteria pembeli namun jika kualiti masakan yang dimahukan pasti akan memilih sardin yang sedap.

Disini dikongsikan resepi mudah & ringkas untuk anda sediakan.

Untuk membuat masakan sardin bujang sebenarnya begitu mudah. Pasti ramai ada kenangan dengan pelbagai versi masakan sardin bujang.



Bahan-bahan –

  • 1 tin sardin (sedang/ besar)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 ulang bawang putih diketuk
  • 1 inci halia dihiris (pilihan)
  • 3 biji cili padi diketuk (jika mahu pedas tambah sahaja)
  • Sedikit hirisan lada merah
  • 2 sb minyak
  • 1 sk garam
  • 1 sk gula
  • 1/4 cawan air
  • Sedikit air asam jawa


Langkah

-Panaskan minyak dan tumis bawang, bawang putih, halia dan cili sehingga naik bau.

– Masukkan sardin & air asam jawa.



-Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih.

-Jika pekat tambah sedikit air.

– Selepas semua cukup rasa, hidangkan bersama nasi panas dan jangan lupa telur dadar.

Resepi Stew Ayam & Roti Bawang Putih



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button