Tiga maut nahas di LPT2

Tiga maut nahas di LPT2

Tiga maut nahas di LPT2
Keadaan kereta remuk teruk dalam kemalangan menyebabkan tiga beranak maut dan dua lagi cedera parah di di Kilometer 375.8, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Bukit Besi, petang tadi. NSTP/Rosli Ilham

DUNGUN: Seorang wanita bersama bayinya yang berusia dua bulan serta ibunya maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 375.8, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Bukit Besi, petang tadi.

Mangsa, Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin,23, dan bayinya, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail serta ibu Raja Nurhanani, Noreha Mohamed, 53, disahkan meninggal dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6.25 petang.

Turut parah dalam kemalangan itu ialah dua adik Raja Nurhanani iaitu Raja Haikal Najmi Raja Hussin, 20, dan Raja Nurhumairaa Nadzirah Raja Hussin, 17.



Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung dengan kemalangan itu kira-kira jam 7.30 malam.

Katanya, ketika kejadian, lima sekeluarga itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan untuk menghantar Raja Nurhanani dan bayinya pulang ke Kem Tentera Darat Batu 10, Kuantan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan





“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu Raja Haikal Najmi dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar kotak pembetung yang berada di sebelah kiri jalan lalu terbalik.

“Sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dipanggil bagi mengeluarkan kesemua mangsa,” katanya.

Baharudin berkata, Noreha Mohamed dan cucunya, Nik Muhammad Zayyan Irfan disahkan maut di tempat kejadian, manakala Raja Nurhanani Nabila disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu, kira-kira jam 10.30 malam.

“Dua mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.



“Mayat Noreha Mohamed dan Nik Muhammad Zayyan Irfan dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun dan mayat Raja Norhanani dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kuala Berang untuk proses bedah siasat,” katanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiga maut nahas di LPT2


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button