Penjawat awam rugi RM677,565 hanya kerana takut

Penjawat awam rugi RM677,565 hanya kerana takut

Penjawat awam rugi RM677,565 hanya kerana takut
Foto hiasan

KEPALA BATAS: Seorang penjawat awam kerugian RM677,565 akibat diperdaya sindiket Phone Scam yang mendakwa mangsa memiliki ‘barang terlarang’.

Mangsa lelaki berusia lingkungan 40-an menerima panggilan telefon baru-baru ini daripada seorang individu yang kononnya daripada pihak Pos Laju.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata individu memberitahu terdapat satu bungkusan atas nama mangsa, mengandungi barang dilarang berupa lima keping kad mesin juruwang automatik (ATM).



“Mangsa menafikannya sebelum panggilan disambungkan kepada individu lain kononnya pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

“Pegawai polis itu kemudian memberitahu mangsa terbabit dalam kes berkaitan dadah dan pengubahan wang haram.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan



“Bagi mengelakkan ditangkap, mangsa diminta memberikan maklumat perbankan dan memindahkan wang yang ada dalam akaunnya” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, mangsa yang ketakutan tanpa berfikir panjang melakukan beberapa transaksi pemindahan wang ke dalam enam akaun yang diberikan suspek sejak 7 Jun hingga 4 Julai lalu.

“Kesemua wang yang dipindahkan mangsa berjumlah RM677,565 sebelum dia sedar bahawa dirinya ditipu selepas membuat semakan di aplikasi Semak Mule semalam.

“Mangsa hadir membuat laporan polis bagi tindakan lanjut,” katanya.



Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Penjawat awam rugi RM677,565 hanya kerana takut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading