Dapat bonus RM5.3 juta jika tewaskan Man United

London: Barisan pemain Newcastle akan berkongsi bonus sebanyak £1 juta (RM5.3 juta) jika mereka menewaskan Manchester United awal pagi Isnin ini untuk memenangi Piala Liga yang juga trofi pertama kelab itu dalam tempoh 48 tahun.

Jumlah bonus itu adalah 10 kali ganda ganjaran yang akan diterima oleh Newcastle daripada EFL tetapi pemilik kelab gembira untuk memberikan bonus lumayan itu bagi menghargai pencapaian bersejarah kelab itu.

Bonus akan dibahagikan kepada barisan pemain Eddie Howe menerusi kiraan formula kompleks termasuk jumlah minit permainan setiap pemain pada musim ini.

Howe juga akan menerima bonus seperti tertera dalam kontraknya jika beliau berjaya membawa Newcastle menjulang trofi domestik pertama mereka sejak memenangi Piala FA pada 1955.

Pemberian bonus itu sudah dipersetujui dalam perbincangan antara Newcastle dan pemain pada musim panas lalu.

Hadiah kemenangan EFL yang ditawarkan pada hujung minggu ini agak sedikit, dengan pemenang menerima £100,000 (RM533,000) dan naib juara £50,000 (RM266,000).

Pemenang Piala FA sebaliknya mendapat hadiah wang sebanyak £2 juta (RM10.6 juta).

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker