United boleh tewaskan sesiapa sahaja – Ten Hag

MANCHESTER, United Kingdom: Manchester United sepatutnya tidak takut kepada sesiapa dalam usaha mereka menang empat trofi kata pengurus Erik Ten Hag selepas menewaskan Barcelona 2-1 awal pagi tadi seterusnya mara ke kelompok 16 terakhir Liga Europa menerusi kemenangan 4-3 secara agregat.

Gol menerusi penalti awal Robert Lewandowski memberikan Barca permulaan yang sempurna di Old Trafford namun Fred menyamakan kedudukan pada babak kedua sebelum Antony mencipta gol kemenangan buat Manchester.

“Malam yang menakjubkan,” kata Ten Hag yang menukar nasib United pada musim pertamanya di kelab itu.



“Ia satu lagi langkah besar kerana apabila anda menewaskan Barcelona, rasa percaya anda semakin kuat kerana selepas itu anda berupaya menewaskan sesiapa sahaja.”

Bukti dua gergasi benua itu bertembung pada tahap kedua saingan Eropah menunjukkan betapa mereka melalui tempoh yang sukar sejak beberapa tahun ini.

Namun United sedang melalui tempoh terbaik dan kekal memburu trofi dalam empat saingan utama.



Skuad Red Devils boleh menamatkan kemarau enam tahun tanpa kejuaraan apabila mereka berdepan Newcastle pada final Piala Liga Ahad ini.

“Saya rasa kami ada personaliti yang hebat dalam pasukan ini,” tambah Ten Hag.

“Semua orang ada rasa percaya dalam pasukan ini, anda boleh melihatnya. Pemain simpanan membawa tenaga dan kualti, mereka membawa dinamik berbeza dalam perlawanan.”



United kini tidak tewas di Old Trafford dalam 18 perlawanan sejak September namun ketinggalan buat kali kedua dalam aksi berkenaan.

Barcelona pula tidak tewas dalam semua kejohanan sejak Oktober sebelum mereka disingkirkan pada peringat kumpulan Liga Juara-Juara di tangan Bayern Munich dan Inter Milan.

“Perasaan saya amat berbeza berbanding musim lalu,” kata jurulatih, Xavi Hernandez. “Tahun ini kami melengkapkan semua perlawanan selain berdepan Bayern di laman sendiri.

“Untuk sedikit kesilapan kami tidak menang. Kami perlu belajar daripadanya dan lebih meningkat.”



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button