Lelaki ditembak di Machang ada 12 rekod jenayah, dikehendaki polis

Lelaki ditembak di Machang ada 12 rekod jenayah, dikehendaki polis

Lelaki ditembak di Machang ada 12 rekod jenayah, dikehendaki polis
Anggota forensik memeriksa lokasi kejadian seorang lelaki ditembak di Kampung Hutan Kuin, Machang. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Lelaki yang maut ditembak di Jalan Hutan Kuin di Machang, dekat sini, petang kelmarin disahkan mempunyai 12 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Malah, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 38 tahun yang baru keluar dari penjara April lalu juga berada dalam senarai dikehendaki polis.

“Berdasarkan rekod, mangsa seorang yang agak ganas kerana mempunyai 12 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, selain baru keluar dari penjara April lalu.



“Buat masa sekarang siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif utama kejadian,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki meninggal dunia dipercayai ditembak di hadapan kedai alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin di Machang dekat sini.

Ketika kejadian, lelaki terbabit Difahamkan, ketika lelaki berusia 38 tahun yang memandu pacuan empat roda itu berhenti untuk membeli alat ganti kenderaan.

Dalam pada itu, Muhamad Zaki ketika mengulas kejadian itu berkata berdasarkan keterangan kejadian dikatakan membabitkan lima suspek.



“Sehingga kini nombor plat kenderaan dinaiki suspek belum dikenal pasti kerana lokasi kejadian tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengesan semua suspek terbabit,” katanya mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading