Pembantu tadbir ditahan kes tuntutan palsu keperluan pejabat RM22,000

Pembantu tadbir ditahan kes tuntutan palsu keperluan pejabat RM22,000

Pembantu tadbir ditahan kes tuntutan palsu keperluan pejabat RM22,000
Ketua pembantu tadbir direman kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pembekalan barang keperluan pejabat berjumlah kira-kira RM22,000. – NSTP/AZRUL EDHAM

SEREMBAN: Seorang ketua pembantu tadbir sebuah sekolah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pembekalan barang keperluan pejabat berjumlah RM22,000.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan, di sini, kira-kira jam 4 petang semalam susulan tuntutan palsu dibuat pada Disember 2022 serta Januari lalu.

Sumber berkata, suspek dipercayai bertindak sebagai dalang dan bersubahat dengan isterinya dan seorang pemilik syarikat, yang mana pembekalan kepada kedua-dua syarikat tidak dilaksanakan sedangkan bayaran penuh dibuat.



“Pemilik syarikat serta isteri suspek yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah sekolah lain tidak ditahan,” katanya.

Dalam pada itu, Majistret Syed Farid Syed Ali membenarkan suspek direman enam hari sehingga 24 September depan.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pembantu tadbir ditahan kes tuntutan palsu keperluan pejabat RM22,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading