Parlimen Di Maklumkan Siasatan SPRM Ke Atas Nazlan Sudah Lengkap

Parlimen Di Maklumkan Siasatan SPRM Ke Atas Nazlan Sudah Lengkap

Hari ini Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi, DS Azalina Othman Said memaklumkan kepada parlimen mengenai status siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan.

Menurut DS Azalina, beliau telah dimaklumkan oleh SPRM melalui surat yang bertarikh 21 Februari 2023 bahawa siasatan terhadap Hakim Nazlan sudah diselesaikan.



Pada tarikh yang sama, SPRM juga telah memaklumkan kepada Ketua Hakim Negara mengenai pelanggaran Kod Etika Hakim 2009 oleh Hakim Nazlan.

Namun begitu, sejak dari tarikh itu, tiada sebarang respon diterima oleh SPRM dari Ketua Hakim Negara.

Selain dari itu, DS Azalina juga mendedahkan sikap berdiam diri Peguam Negara untuk mengambil tindakan lanjut mengenai perkara itu.

Mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mendakwa siapa sahaja.



Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara145-Ma.Html

Ini bermakana, selepas SPRM telah melengkapkan siasatan terhadap Hakim Nazlan.

Dan SPRM mendapati ada prima facie untuk dilakukan pendakwaan.



Namun ianya terhenti di peringkat Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara tanpa ada sebarang tindakan lanjut.

Sebentar tadi, Ahli MKT UMNO, Dato’ Lokman Adam mendedahkan satu lagi lapuran polis telah atas salah laku Hakim Nazlan.

dibuat oleh Chandran a/l Karunakaran



Ini bermakna sudah dua kali Hakim Nazlan melanggar Kod Etika hakim 2009 yang memastikan integriti serta kredibiliti badan kehakiman.

Persoalannya, mengapakah Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara dilihat seolah-olah melindungi salah laku Hakim Nazlan?

Adakah hakim mempunyai kedudukan yang begitu istimewa dan berada di atas undang-undang hingga mereka tidak boleh didakwa atas salah laku yang mereka lakukan???

 



Parlimen Di Maklumkan Siasatan SPRM Ke Atas Nazlan Sudah Lengkap

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button