Suami Ras AdibaAlami Infeksi Di Kaki & Positif COVID-19 [VIDEO]
Netizen Titip Doa!-“Mata Sebelah Kanan Tak Dapat Melihat”
Suami Ras AdibaAlami Infeksi Di Kaki & Positif COVID-19 [VIDEO]
Bekas personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi mengenai keadaan suaminya, Mohamed Azam Ali yang positif COVID-19 terpaksa menjalani pembedahan disebabkan infeksi di jari kaki.
“Mata Sebelah Kanannya Tidak Dapat Melihat”
Berkongsi video yang memaparkan suaminya dalam perjalanan ke dewan pembedahan, Ras Adiba menyatakan bahawa kini penglihatan suaminya terjejas disebabkan mata kanan tidak dapat melihat. Menurut Ras, suaminya yang positif COVID-19 itu baru sahaja selesai menjalani pembedahan memotong salah satu jari kakinya baru-baru ini.
“Semalam tika ke Dewan Pembedahan. Apa sahaja yang boleh saya katakan selain berdoa pada Yang Esa. Dia menghidap COVID-19 dan baru sahaja menjalani pembedahan salah satu jari kakinya.
Dan ketika ini mata sebelah kanannya tidak dapat melihat. Doa saya, esok penglihatan suami saya kembali pulis sungguhpun beberapa lagi komplikasi menjelang.”-tulis Ras Adiba
Netizen Titip Doa
Ruangan komen hantaran Ras Adiba turut dibanjiri dengan komen netizen yang menitipkan doa buat suami Ras Adiba agar diberikan kesembuhan dengan cepat.
“Syafakallah buat suami Puan, semoga Allah permudah segala urusan perubatan beliau dan cepat sembuh Aamin.”
“Semoga Allah beri keajaiban untuk hidup sihat dan seperti seorang yang normal walau dah ada pembedahan.”
“Semoga abg Azam diberikan sepenuh kesembuhaN. Stay strong.”
Sekadar info, Ras Adiba berkahwin semula dengan bekas suaminya, Mohamed Azam Ali di Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) pada 2 Jun 2022.
Pasangan ini juga pernah mendirikan rumah tangga pada 16 Mac 2019, dia Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Suami Ras AdibaAlami Infeksi Di Kaki & Positif COVID-19 [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Letak jawatan tidak jadikan Wan Saiful ‘bersih’
- Skandal Jana Wibawa: Rupanya Ramai Kontraktor Cina Mendapat Taraf Bumiputera Di Era PN
- Parlimen Di Maklumkan Siasatan SPRM Ke Atas Nazlan Sudah Lengkap
- Apa agak nya dalil PAS mahu terus subahat dengan Parti Penyakau?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?