‘Jangan salahkan Haaland’ – Guardiola

LONDON: Pep Guardiola menegaskan bahawa Erling Haaland tidak boleh dipersalahkan kerana kurang terbabit dalam serangan Manchester City kerana keseluruhan pasukan perlu bertanggungawab jika mereka gagal melakukannya.

Haaland sudah meledak 32 gol setakat musim pertamanya bersama City, namun penyerang Norway itu masih mencetuskan perbalahan kerana serangan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kurang lancar jika dia ada bersama pasukan.

Pemain berusia 22 tahun itu gagal menjaringkan gol ketika seri berdepan Nottingham Forest dan Leipzig sepanjang minggu ini.



Bagaimanapun bos City, Guardiola menolak dakwaan bahawa jumlah sentuhan Haaland yang sedikit pada setiap perlawanan memberikan impak terhadap sumbangannya secara keseluruhan.

“Ia salah kami, bukan Erling. Erling menakjubkan sepanjang musim,” kata Guardiola menjelang pertemuan dengan Bournemouth.

“Ia bukan metrik, saya tidak perlukan metrik untuk menyedarinya. Selepas saya menamatkan perlawanan, satu saat kemudian saya akan tahu sama ada dia ada terbabit atau tidak, siapa yang sepatutnya terbabit lebih banyak atau tidak.”



Guardiola, yang pasukannya kini dua mata di belakang pendahulu EPL, Arsenal, mengakui pasukannya masih perku meningkat bagi membantu perkembangan Haaland di City.

“Penyerang ialah posisi paling sukar di dunia kerana ada dua pemain fokus kepada mereka dan Erling ada lebih daripada itu,” tambahnya. “Bukan mudah untuk melakukannya.

“Saya mahu melihat dalam karier saya di sini atau penyerang lain seperti Sergio (Aguero) atau Gabriel (Jesus) apabila mereka memainkan peranan selaku penyerang sebenar, berapa kali mereka menyentuh bola.

“Ia bukan mengenai menyentuh bola, penyerang. Proses kami lebih daripada itu. Ia okay. Saya juga kecewa. Kadangkala anda juga kecewa dalam kehidupan, tidak begitu? Kegembiraan kadangkala dilihat secara berlebihan.” – AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading