Chelsea kekal dalam ‘gua’

LONDON: Tottenham menyalakan pemburuan empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan 2-0 ke atas Chelsea sebentar tadi, sekali gus terus menambah tekanan kepada Graham Potter.

Percubaan Oliver Skipp daripada jarak 20 ela selepas rehat meletakkan Spurs di hadapan dan jaringan kedua Harry Kane memuktamadkan kemenangan buat mereka.

The Blues hanya memang dua daripada 15 perlawanan terakhir di liga utama dan ketinggalan 14 mata daripada posisi ke Liga Juara-Juara.

Tottenham pula berada di kedudukan keempat, empat mata mengatasi Newcastle yang memiliki dua perlawanan dalam tangan.

Tuan rumah terlebih dahulu berpeluang membuka jaringan selepas percubaan Pierre-Emile Hojbjerg yang terbias menewaskan Kepa Arrizabalaga namun sekadar mengenai palang.

Kontroversi tercetus pada babak pertama apabila pengadil, Stuart Attwell melayangkan kad merah kepada Hakim Ziyech namun dia menarik kembali kad merah itu dan melayangkan kad kuning selepas dinasihatkan video bantuan pengadil (VAR) untuk menilai semula keputusan itu.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker