Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa
Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Azmin Ali, mempersoalkan mengapa hanya pemimpin PN sahaja yang didakwa berkaitan skandal Jana Wibawa.
Menurut Azmin, projek Jana Wibawa itu dimulakan di era pemerintahan Muhyiddin Yasin dan ianya diteruskan di era Ismail Sabri (BN).
Jadi Azmin menimbulkan persoalan, mengapa hanya pemimpin PN sahaja yang didakwa sedangkan tidak ada pemimpin Bn yang didakwa?
Untuk menjawab persoalan yang bermain di fikiran Azmin, biarlah penulis nyatakan sebabnya.
Pertama, pendakwaan ke atas skandal Jana Wibawa masih lagi belum dibuat sepenuhnya oleh SPRM.
Perkara ini diakui sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.
Baca di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/656099
Malah menurut Azam Baki, siasatan ke atas skandal Jana Wibawa masih lagi diteruskan dan ianya termasuk siasatan yang membabitkan Muhyiddin Yasin.
Dan sekiranya Azmin terlupa atau terlepas pandang, terdapat 56 projek yang menerima Surat Setuju Terima (SST) yang bernilai RM6.3 bilion sedang disiasat oleh SPRM.
Baca di sini:
Dan Azmin juga jangan lupa, jumlah ketirisan dana yang menjadi fokus siasatan SPRM adalah sebanyak RM92.5 bilion.
Skandal Jana Wibawa hanya membabitkan projek bernilai RM6.3 bilion.
Ini bermakna ada lagi projek lain yang tidak termasuk dalam skandal Jana Wibawa bernilai RM86.2 bilion akan disiasat oleh SPRM.
Penulis tidak salahkan Azmin kerana terlupa fakta-fakta yang sudah beberapa kali disiarkan di media prima dan media sosial.
Cuma penulis berharap, Azmin jangan terlalu banyak makan semut.
Jadi bersabarlah, berikan ruang dan waktu yang secukupnya kepada SPRM untuk melakukan siasatan.
Walau bagaimanapun, penulis faham, mungkin Azmin sendiri sudah tidak sabar untuk menjadi sebahagian dari kluster mahkamah…😜😜😜
Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa
Di Syorkan Untuk Anda:
- Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best
- Skandal Jana Wibawa: Rupanya Ramai Kontraktor Cina Mendapat Taraf Bumiputera Di Era PN
- Parlimen Di Maklumkan Siasatan SPRM Ke Atas Nazlan Sudah Lengkap