Spacex lancar 22 satelit Starlink tambahan ke orbit

Spacex lancar 22 satelit Starlink tambahan ke orbit

Spacex lancar 22 satelit Starlink tambahan ke orbit
Pengasas SpaceX Elon Musk. FOTO fail AFP

Washington: SpaceX berjaya melancarkan roket Falcon 9 dengan satu lagi muatan satelit Starlink ke angkasa lepas dari Florida lewat Ahad.

Roket itu dilancarkan pada 10.41 malam dari Kompleks Pelancaran Angkasa 40 di Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral, untuk menghantar 22 satelit ke orbit bagi menyediakan akses internet ke seluruh dunia, menurut United Press International (UPI).

Pengurus kejuruteraan sistem kualiti kanan SpaceX Kate Tice berkata, beberapa minit sebelum dilancarkan, cuaca hanya menunjukkan “10 peratus daripada melanggar kriteria pelancaran yang ditetapkan”.



Pelancaran itu adalah yang ke-53 bagi SpaceX pada tahun ini dan ke-252, setakat ini.

Bulan lalu, SpaceX turut melancarkan 22 satelit Starlink ke orbit.

Spacex lancar 22 satelit Starlink tambahan ke orbit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM Cuba Kesan Menantu Muhyiddin Yang Di Syaki Melarikan Diri Ke Luar Negara



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button