Banjir: 14 maut termasuk timbalan datuk bandar

Banjir: 14 maut termasuk timbalan datuk bandar

Banjir: 14 maut termasuk timbalan datuk bandar
PENDUDUK membersihkan barang di luar sebuah kedai selepas banjir surut di Zhuozhou, wilayah Hebei, China. FOTO Reuters

Beijing: Angka kematian akibat banjir di bandar Shulan, wilayah Jilin di timur laut China meningkat kepada 14 mangsa, manakala seorang hilang, menurut ibu pejabat kawalan dan bantuan banjir tempatan pada Isnin.

Pada Ahad, media tempatan melaporkan enam kematian akibat banjir di Shulan. Hujan lebat yang melanda China dicetuskan oleh Taufan Doksuri.

Pihak berkuasa wilayah menyatakan bahawa timbalan datuk bandar itu dan dua lagi pegawai perbandaran, yang hilang semasa membantu usaha bantuan bencana, juga diisytiharkan meninggal dunia, lapor Sputnik.

Terdahulu pada Julai, media China melaporkan bahawa seramai 11 orang maut akibat banjir melanda Beijing, manakala sembilan lagi lemas di wilayah Hebei.



Selain itu, seramai 44,673 orang dari 13 daerah di ibu negara terjejas akibat hujan lebat, manakala ratusan ribu penduduk dipindahkan.

Selasa lalu, Presiden China Xi Jinping mengarahkan pihak berkuasa tempatan berusaha sehabis baik bagi menyelamatkan orang yang hilang atau terperangkap demi mengurangkan bilangan mangsa.

Banjir: 14 maut termasuk timbalan datuk bandar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM Cuba Kesan Menantu Muhyiddin Yang Di Syaki Melarikan Diri Ke Luar Negara




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading