Banjir: Budak 10 tahun dikhuatiri lemas, terjatuh ketika bermain di kawasan saluran longkang
Banjir: Budak 10 tahun dikhuatiri lemas, terjatuh ketika bermain di kawasan saluran longkang
PEKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang ketika bermain di sekitar saluran longkang yang dinaiki banjir di Kampung Sri Makmur, di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud, berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Hafizhan Abd Zaib dipercayai terjatuh sebelum dibawa arus deras air.
Katanya, pihaknya menerima aduan kanak-kanak hilang pada 8.30 malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di permukaan air segera dilakukan bersama penduduk kampung dengan menggunakan dua bot gentian kaca milik penduduk setempat.
Beliau berkata, operasi mencari mangsa dibuat sekitar kawasan kejadian termasuk dalam ladang kelapa sawit kerana mangsa dipercayai dibawa arus banjir yang berlaku di kawasan berkenaan
“Operasi mencari malam tadi membabitkan lima anggota dalam kawasan seluas 200 meter, persekitaran yang gelap memaksa SAR ditangguhkan pada kira-kira 11.30 malam. Operasi disambung semula jam 8 pagi hari ini.
“Operasi hari ini akan menggunakan lebih banyak kelengkapan dan jarak pencarian juga akan diperluaskan berikutan keadaan banjir di kawasan terbabit masih berlaku,” katanya, dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, operasi SAR hari ini mungkin lebih tertumpu dalam ladang kelapa sawit termasuk kawasan sekitarnya yang telah ditenggelami banjir.
Wan Samsul Effendi berkata, hujan yang berlaku berterusan semalam menyebabkan banyak kawasan di daerah ini ditenggelami banjir, namun sehingga kini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Banjir: Budak 10 tahun dikhuatiri lemas, terjatuh ketika bermain di kawasan saluran longkang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara
- Hadi Awang Dedahkan Perancangan PN Untuk Tumbangkan Kerajaan
- Dulu Mahathir pecat Ketua Hakim Tun Salleh Tidak perlu “adab” dan “protokol” pun.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :