Dua beradik maut, sepupu dan kanak-kanak cedera dalam nahas 3 kenderaan

Dua beradik maut, sepupu dan kanak-kanak cedera dalam nahas 3 kenderaan

Dua beradik maut, sepupu dan kanak-kanak cedera dalam nahas 3 kenderaan
Kereta Proton Saga remuk dalam kemalangan yang berlaku di KM8, Jalan Jerantut-Benta dekat Kampung Lata Kasah yang turut membabitkan tiga kenderaan, tengah hari ini. NSTP/Amir Hamzah Nordin.

JERANTUT: Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 8, Jalan Jerantut-Benta dekat Kampung Lata Kasah, di sini, tengah hari ini.

Dalam nahas jam 1.54 tengah hari itu, pemandu Proton Saga, berusia 23 tahun parah pada kepala dan maut di tempat kejadian manakala kakaknya berusia 27 tahun yang duduk di tempat duduk penumpang belakang cedera pada dada dan kepala, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jerantu

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan, berkata sepupu kepada pemandu yang maut berusia 23 tahun yang duduk di kerusi penumpang hadapan patah kaki, manakala anak kepada wanita yang maut berusia empat tahun sedang dirawat di Hospital Jerantut.

Katanya, siasatan awal mendapati treler yang datang dari arah bandar Jerantut ke Pekan Damak dipercayai hilang kawalan setiba di selekoh ketika hujan.

“Kereta Proton Saga yang dipandu mangsa dalam perjalanan ke bandar Jerantut telah bertembung manakala, bahagian ekor treler itu terkena pada sisi kanan kenderaan pacuan empat roda Triton yang berada di hadapan kereta Proton,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mazlan berkata, akibat kemalangan itu, pemandu kereta Proton meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Jerantut


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Penumpang kereta masih dirawat di Hospital Jerantut manakala pemandu treler (54 tahun) dan pemandu kenderaan pacuan empat roda (42 tahun), terselamat.

“Keadaan jalan berselekoh, dua lorong dua hala dan garisan putih berkembar di tengah sebagai pembahagi jalan. Ketika kejadian, keadaan hujan serta jalan basah. Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya.

Wanita ‘hati kering’ pakai busana serba putih hadir majlis nikah sepupu. [VIDEO]

Dua beradik maut, sepupu dan kanak-kanak cedera dalam nahas 3 kenderaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker