Elon mahu hasilkan kenderaan elektrik mampu milik

BEIJING: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, dijangka membentangkan pelan untuk membuat kenderaan elektrik yang lebih kecil dan mampu milik.

Langkah itu dilihat sebagai satu strategi meluaskan daya tarikan jenamanya dan menangkis persaingan.

Meluaskan pasaran besar-besaran adalah penting untuk matlamat Tesla bagi meningkatkan penghantaran 15 kali ganda kepada 20 juta kenderaan menjelang 2030.

Bagi menzahirkan hasrat itu, Tesla perlu meningkatkan teknologi baterinya, yang mana Musk sebelum ini sifatkan isu sebagai faktor yang mengehadkan proses peralihan kepada tenaga lestari.

Musk juga dijangka menerangkan pelan untuk mengemas kini kenderaan terlaris syarikat itu melalui ‘Projek Musytari’ untuk merombak SUV Model Y.

Musk turut bersedia untuk mengumumkan ‘Pelan Induk 3’ syarikat untuk ‘masa depan tenaga mampan’ bagi Tesla, yang menjadi syarikat kereta paling berharga di dunia setakat ini.

Aspirasi Musk adalah untuk memecahkan pasaran besar dan mengubah pembuat EV menjadi sebuah syarikat yang boleh mewujudkan dunia yang lebih mesra alam.

Tesla, yang mengungguli industri dalam beberapa tahun kebelakangan ini, meningkatkan penghantaran dengan pantas walaupun berlaku pandemik dan gangguan rantaian bekalan.

Namun, Tesla mengurangkan harga dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk meningkatkan jualan ditekan oleh ekonomi yang lemah dan ancaman yang semakin meningkat daripada pesaing di Amerika Syarikat (AS) serta China.

Pembuat kereta itu kini hanya mempunyai empat model, semuanya berada dalam segmen harga tinggi.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker