Kenderaan asing tunggu ‘turn’ isi diesel

Rantau Panjang: Deretan kenderaan pacuan empat roda yang menggunakan plat nombor pendaftaran asing kelihatan begitu rancak mengisi minyak diesel di stesen minyak di sini.

Itu situasi yang dilihat seawal 7.30 pagi di kawasan berkenaan dengan puluhan kenderaan lain diparkir di beberapa lokasi kawasan sekitar dipercayai menunggu giliran untuk mengisi minyak.

Tinjauan penulis selama tiga jam di sekitar kawasan berkenaan mendapati situasi kenderaan asing mengisi minyak diesel dipercayai melebihi had yang ditetapkan begitu aktif sekali.



Pam diesel bersilih ganti dengan kenderaan asing seolah-olah waktu pagi adalah situasi paling selamat untuk mengisi diesel.

Lebih mengejutkan apabila hampir kebanyakan kenderaan dipercayai mengisi lebih 50 liter sedangkan mengikut peraturan yang dihadkan mereka hanya boleh mengisi 20 liter sahaja.

Setiap kenderaan dilihat mengambil masa lebih 10 minit dengan sebahagian besar kenderaan sanggup ‘menggoyangkan’ kenderaan dipercayai bagi memastikan lebih banyak diesel dapat diisi.



Modus operandi yang digunakan kumpulan kenderaan asing berkenaan adalah mereka akan berpecah kepada beberapa tempat supaya kegiatan mereka tidak kelihatan begitu ketara.

Ada sebahagian kenderaan menunggu di stesen bas, selain di bahu jalan di kawasan sekitar sebelum menunggu giliran mereka untuk mengisi diesel tiba.

Sebaik giliran mereka semakin hampir, kenderaan mereka akan memasuki kawasan stesen minyak untuk menunggu dan pekerja yang ditempatkan di setiap pam menyumbang kepada faktor memudahkan lagi urusan mereka mengisi lebih daripada had ditetapkan.

Pemandu kenderaan asing yang enggan dikenali ketika ditemui mengakui mengisi lebih muatan kerana diesel terbabit akan dijual di Thailand dengan harga yang jauh lebih tinggi.



Beliau turut memaklumkan kenderaan yang kelihatan di sekitar kawasan berkenaan sedang menunggu giliran untuk mengisi petrol dan mereka tidak boleh memotong giliran bagi mengelak berlaku pergaduhan.

“Memang banyak kenderaan dapat mengisi dengan muatan penuh kerana sambutan di Thailand begitu menggalakkan. Namun bukan setiap hari kami dibenarkan mengisi penuh.

“Jika awal bulan peluang cerah untuk kami, namun ada kalanya kami terpaksa ‘mengutip’ di beberapa stesen semata-mata untuk mendapatkan minyak yang banyak sebelum masuk ke Thailand.

“Ada dalam kalangan kami masuk lebih tiga kali sehari semata-mata untuk mengisi petrol, namun untuk saya dua kali sudah memadai sekiranya dibenarkan mengisi dengan kuantiti yang banyak,” katanya.



Beliau yang berusia 53 tahun berkata, keuntungan yang banyak mendorong mereka untuk terus masuk ke Thailand untuk mendapatkan petrol atau diesel kerana harga di Thailand jauh lebih mahal.

“Saya sendiri sudah lama tidak menggunakan minyak diesel dari Thailand kerana sering mengambil bekalan di Malaysia kerana jauh lebih jimat selain turut menjual secara runcit.

“Ada juga dalam kalangan kami mengambil upah semata-mata untuk mengisi diesel di Rantau Panjang,” katanya.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading