Pembaca Berita Nyaris Maut Ditembak

Kejadian yang berlaku di Pakistan itu menyaksikan beberapa orang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah seorang pembaca berita transgender pertama negara tersebut.

Terima ancaman bunuh

Ketika insiden itu pembaca berita, Marvia Malik sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah farmasi ke kawasan perumahannya di Lahore Cantonment. Kumpulan lelaki bersenjata itu kemudian secara tiba-tiba melepaskan tembakan ke arahnya, namun dia terselamat.



Menurut kenyataan Marvia kepada pihak polis, sebelum ini dia pernah menerima panggilan telefon berbaur ancaman terhadap aktiviti transgender yang disuarakan olehnya.

Mengulas lanjut, dia yang pernah menjadi hos televisyen sejak 2018 berkata, ancaman tersebut merupakan punca utama disebalik insiden tembakan yang nyaris meragut nyawanya.

Terdahulu dia pernah meninggalkan bandar Lahore kerana ancaman yang sama, namun dia kembali ke bandar tersebut untuk menjalani pembedahan.

Sekadar info, sebelum memliki kerjaya sebagai pembaca berita pada usia 21 tahun, dia dibuang keluarga kerana bekerja di sebuah salon bagi membiayai pendidikannya dan kemudian menjadi seorang model.



Sumber: India Today

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button