Georgilaya bohong – Ronaldo

LONDON: Cristiano Ronaldo berang dan menafikan dakwaan di media Portugal bahawa dia melakukan seks dengan seorang pempengaruh media sosial di hotel pasukan.

Seorang pemilik blog dari Venezuela, “Georgilaya” mendakwa bekas ikon Manchester United itu menghantar mesej menjemputnya ke bilik selepas dia bergambar dengan pemain.

Dia menulis di Instagram: “Apabila saya membaca mesej itu, saya merasakan jika saya ke sana kami hanya akan berbual, untuk mengenali dengan lebih dekat, mungkin saya boleh mendapat lebih banyak foto.

“Saya tidak memikirkan mengenai perkara itu, dalam situasi itu, akan ada seks. Tapi ia terjadi.

“Saya bersetuju, tapi ia sebenarnya saya rasa dimanipulasi, oleh populariti dan kuasa dimiliki Cristiano Ronaldo.”

Dakwaan itu dinafikan bapa kepada lima anak, Ronaldo, 38, semalam selepas kenyataannya keluar di media cetak dan dalam talian akhbar Correio da Manhã di negara asalnya, Portugal.

Jurucakapnya berkata: “Ini sememangnya tidak benar dan memfintah.”

Georgilaya mendakwa kejadian berkenaan berlaku pada 25 Mac tahun lalu ketika kapten Portugal itu bersama pasukan bersedia untuk Piala Dunia Qatar.

Bekas pemain Real Madrid itu didakwa meniduri mangsa dekat Hotel Solverde dekat Vila Nova de Gaia, utara Portugal.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker