Remaja kritikal hampir lemas dalam asap kebakaran rumah, bapa cedera

Remaja kritikal hampir lemas dalam asap kebakaran rumah, bapa cedera

Remaja kritikal hampir lemas dalam asap kebakaran rumah, bapa cedera
Rumah teres dua tingkat musnah terbakar 35 peratus. – Foto JBPM Perak

IPOH: Seorang remaja perempuan dilaporkan kritikal selepas hampir lemas dalam kebakaran rumah yang didiami keluarganya di Taman Suria, Jalan Kuala Kangsar, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin, berkata kebakaran membabitkan rumah teres dua tingkat berkeluasan 153.3 meter persegi yang didiami enam beranak, musnah terbakar 35 peratus.

 

Beliau berkata, selain remaja berumur 15 tahun itu, bapanya yang berusia 44 tahun cedera di kaki dan tangan selain melecur pada kadar satu peratus di bahu.

Remaja kritikal hampir lemas dalam asap kebakaran rumah, bapa cedera
Seorang remaja perempuan dilaporkan kritikal akibat nyaris lemas dalam kebakaran rumah yang didiami keluarganya di Taman Suria, Jalan Kuala Kangsar, di sini, tengah malam tadi. – Foto JBPM Perak

“Kedua-dua mereka kemudian dihantar ke hospital dan remaja berkenaan kini kritikal dan ditempatkan di zon merah, susulan (hampir) lemas asap,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Azman berkata, selain operasi penyelamatan, operasi pemadaman api dibuat menggunakan dua aliran hos bersumberkan air tangki jentera bomba hingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 2.10 pagi tadi.



Budak positif dadah kritikal, terpaksa ditidurkan

 

Remaja kritikal hampir lemas dalam asap kebakaran rumah, bapa cedera

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button