19 lelaki dicekup ketika berjudi sabung ayam

19 lelaki dicekup ketika berjudi sabung ayam

19 lelaki dicekup ketika berjudi sabung ayam
Sebahagian daripada ayam laga dan kelengkapan perjudian unggas itu yang dirampas dalam serbuan polis malam tadi.

KOTA BHARU: Seramai 19 lelaki termasuk warga emas, yang disyaki terbabit aktiviti sabung ayam ditahan dalam serbuan terhadap sebuah rumah di Kampung Pauh, Badang, di sini malam tadi.

Dalam serbuan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kota Bharu kira-kira jam 8.30 malam itu, polis menahan 19 lelaki berusia di antara 20-an hingga pertengahan 60-an.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata serbuan dibuat susulan pemantauan mendapati 19 lelaki sedang terbabit dengan aktiviti judi sabung ayam.



‘Hasil serbuan, polis menyita wang tunai RM2,522; lapan ekor ayam dan enam sangkar.

“Ujian saringan air kencing ke atas kesemua tangkapan adalah negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua tangkapan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 7 Mac ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 7 (2) Akta Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Penjawat Awam, Remaja Antara13 Individu Ditahan

19 lelaki dicekup ketika berjudi sabung ayam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker