Jepun temukan 7,000 pulau baharu

Jepun temukan 7,000 pulau baharu

Jepun temukan 7,000 pulau baharu
PEMANDANGAN pulau di Jepun dilihat dari Gunung Shiude di Mitoyo, wilayah Kagawa.-AGENSI

TOKYO: Jepun menemukan lebih 7,000 pulau yang tidak pernah diketahui wujud di negara itu menerusi satu pemetaan yang dijalankan baru-baru ini.

Pemetaan digital oleh Pihak Berkuasa Maklumat Geospatial Jepun (GSI) mendapati terdapat 14,125 pulau di wilayah Jepun, lebih dua kali ganda angka 6,852 yang digunakan secara rasmi sejak 1987 oleh Pengawal Pantai Jepun.

GSI menegaskan, angka baharu itu mencerminkan kemajuan dalam teknologi ukur dan perincian peta yang digunakan untuk pengiraan namun tidak mengubah keseluruhan kawasan tanah yang dimiliki Jepun.



Walaupun tiada perjanjian antarabangsa mengenai cara menghitung pulau, GSI menggunakan kriteria saiz yang sama seperti tinjauan sebelumnya 35 tahun lalu.

Kaedah tersebut melibatkan pengiraan semua kawasan tanah yang wujud secara semula jadi dengan lilitan sekurang-kurangnya 100 meter.

Lapor CNN, angka terbaharu itu tidak termasuk jumlah pulau buatan yang dilakukan secara tambakan.

Pulau-pulau yang mengelilingi Jepun sebelum ini menjadi nadi kepada beberapa pertikaian wilayah.



Jepun menuntut Kepulauan Kuril yang dikuasai Russia dan pertikaian tersebut bermula sejak akhir Perang Dunia Kedua selepas tentera Soviet berjaya merampas kawasan tersebut.

Jepun juga mendakwa mempunyai tuntutan sejarah ke atas Kepulauan Senkaku yang tidak berpenghuni di Laut China Timur tetapi China berulang kali mencabar dakwaan itu.

Negara matahari terbit itu turut  terperangkap dalam pertikaian lebih 70 tahun dengan Korea Selatan mengenai kedaulatan gugusan pulau yang dikenali sebagai Dokdo oleh Seoul dan Takeshima oleh Tokyo di Laut Timur.

 



Lelaki cetus panik temukan bom zaman perang

Jepun temukan 7,000 pulau baharu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO



DISYORKAN UNTUK ANDA :




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button