Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO
Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO
Saingan untuk merebut beberapa jawatan penting dalam Pemilihan UMNO 2023 dilihat semakin sengit.
Setelah tempoh pencalonan ditutup, seramai 330 pemimpin UMNO telah menawarkan diri untuk merebut 91 pelbagai jawatan yang dipertandingkan.
Secara pecahan, 8 orang menawarkan diri untuk merebut 3 jawatan Naib Presiden UMNO.
93 orang menawarkan diri untuk merebut 25 jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
2 orang menawarkan diri untuk merebut 1 jawatan Ketua Wanita UMNO.
5 orang menawarkan diri untuk merebut 1 jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.
6 orang menawarkan diri untuk merebut 1 jawatan Ketua Puteri UMNO.
61 orang menawarkan diri untuk merebut 18 jawatan Exco Wanita UMNO.
113 orang menawarkan diri untuk merebut 20 jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO.
42 orang menawarkan diri untuk merebut 23 jawatan Exco Puteri UMNO.
Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO
Sama ada benar atau tidak, penulis difahamkan, 330 calon yang bertanding datangnya dari 2 kem yang berlainan.
Kem yang pertama dikatakan dari kem yang setia kepada parti dan diketuai oleh presiden UMNO sekarang, DS Zahid Hamidi.
Manakala kem kedua pula dikatakan dari kem yang setia kepada Muhyiddin Yasin dan Perikatan Nasional dan diketuai oleh Hishamuddin Hussien.
Walau pun Hishamuddin tidak bertanding apa-apa jawatan kerana digantung keahlian beliau, tetapi beliau dikatakan sedang menyusun orang beliau untuk menjadi boneka Muhyiddin Yasin.
Namun begitu, penulis difahamkan majoriti pemimpin akar umbi yang akan mengundi sudah mengenal pasti calon dari kedua-dua team.
Antara calon yang dijangka akan menang bergaya dalam Pemilihan UMNO 2023 kerana menjadi pilihan utama akar umbi UMNO adalah:
A) Naib Presiden UMNO Malaysia:
- DS Azalina Othman Said
- DS Khaled Nordin
- DS Wan Rosdy Wan Ismail
B) Ketua Wanita UMNO Malaysia:
- DS Shahrizat Jalil
C) Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia:
- Dr Akmal Saleh
D) Ketua Puteri UMNO Malaysia:
- Dr Masliha Harun
Penulis sedang berusaha untuk mendapatkan senarai calon ahli MKT UMNO yang menjadi pilihan pemimpin akar umbi UMNO.
Pemilihan UMNO 2023 adalah pemilihan pemimpin yang sangat penting kerana ianya bukan sahaja akan menjadi penentu kestabilan UMNO, tetapi juga kestabilan Kerajaan Perpaduan.
Sekiranya pemimpin akar umbi UMNO membenarkan calon boneka Muhyiddin Yasin menguasai kepimpinan UMNO, negara sekali lagi akan melalui era krisis politik seperti sebelum ini.
Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO
Di Syorkan Untuk Anda:
- Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa
- Hanya Nazlan Seorang Yang Kebal Dari Undang Undang Di Dunia Ini
- Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best