Penunggang motosikal lawan arus maut kemalangan
Penunggang motosikal lawan arus maut kemalangan
JERANTUT: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 19, Jalan Jerantut-Maran, dekat Bukit Rang, Pulau Tawar, kira-kira pada jam 8.00 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan, berkata kejadian itu membabitkan empat buah kereta.
Katanya, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku semasa penunggang motosikal yang maut dalam perjalanan menuju ke kebunnya.
“Penunggang motosikal mengubah arah ke lorong sebelah kanan dan bergerak melawan arus, lalu bertembung dengan kereta.
“Penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian kerena mengalami kecederaan parah di kepala.
“Mangsa lain tidak cedera,” katanya hari ini.
Mazlan berkata, kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO
Penunggang motosikal lawan arus maut kemalangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib akan dapat perbicaraan semula?
- Kes “Audit Tempering” – Bukan soal Najib dan Arul menang , kes tidak patut wujud pun.
- Sukar untuk Rafizi lakana GST setelah rakyat di “program” benci GST
- Pinda laporan audit 1MDB, Najib dan Arul dibebaskan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO