ISU DIKRITIK SUNTIK FILLER DI WAJAH – FATHIA LATIFF KATA ITU HAKNYA

 

“Itu hak saya. Mungkin ada yang tidak suka dan sebaliknya. Kalau yang suka, saya gembira kerana saya seperti motivasikan mereka untuk tampil lebih cantik.

“Bagi yang tidak suka, saya tak boleh nak buat apa,” itulah kata-kata pelakon dan juga kini bergelar usahawan, Fathia Latiff yang tampil memberikan penjelasan mengenai isu menyuntik filler di wajah yang menjadi bahan kritikan netizen, baru-baru ini.



Menurut Fathia, perkara seperti itu merupakan pilihan hidupnya dan dia boleh melakukan apa sahaja asalkan tidak mendatangkan mudarat kepada dirinya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff,34, telah menerima komen daripada segelintir warga maya apabila dia memuat naik video mempromosikan rawatan aestetik ‘filler’ di bahagian rahang menerusi laman Instagram miliknya.



Ujar pelakon drama popular ‘Ariana Rose’ itu, dia tidak dapat berbuat apa-apa jika ada pihak yang tidak senang hati terhadap apa yang dilakukannya.

Tambahnya lagi, ia tidaklah terlalu ketara dan jika mengamalkan jamu dan rawatan tambahan, jadi kesannya lebih berganda dan terlihat di mata kasar.

Image_3.jpg

Kata Fathia lagi, menjadi cantik dan menonjol adalah perlu kerana tuntutan kerjaya yang memerlukan dia muncul di kaca televisyen dan media sosial.



Pada masa sama juga, dia tidak kisah jika ada pihak di luar sana yang memandangnya dari sudut negatif kerana ia membuatkan dirinya menjadi lebih kuat.

Perkembangan terkini, Fathia kini sedang berjinak-jinak dalam perusahaan menjual produk kesihatan wanita berupa jamu yang diberi nama Jamu Dara Cantik by Fathia Latiff. Malah, dia juga telah melancarkan kiosk pertama produknya itu yang terletak di Setapak Sentral.

MUAT NAIK VIDEO SUNTIK FILLER RAHANG – FATHIA LATIFF KENA ‘TARBIAH’ [VIDEO]




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading