‘DUKE’ Dinesvaran mula bersinar di AS

Kuala Lumpur: Pemain ragbi negara K Dinesvaran tidak menunggu lama untuk mencipta nama di bumi Amerika Syarikat (AS), selepas disenarai dalam skuad terbaik mingguan saingan Major League Rugby (MLR) 2023.

Menurut https://www.majorleague.rugby/ hari ini, Dinesvaran bersama rakan sepasukannya di kelab Chicago Hounds, Charlie Abel antara 15 pemain yang disenarai dalam skuad terbaik aksi minggu ketiga.

Dinesvaran yang dikenali dengan panggilan Duke menjadi pemain ragbi negara pertama beraksi di AS.

Pemain berusia 35 tahun itu menandatangani kontrak bersama Chicago Hounds untuk berhijrah ke negara itu pada Januari lepas, setelah hampir 10 tahun beraksi di Jepun masing-masing mewakili Yamaha Jubilo dan Hino Red Dolphins dari 2013 sehingga 2022.

Dinesvaran turut membantu Putrajaya merangkul gelaran sulung pada Kejohanan Piala Agong, Disember lepas.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker