X-wing Star Wars dilelong RM1.87 juta

X-wing Star Wars dilelong RM1.87 juta

X-wing Star Wars dilelong RM1.87 juta
Model pesawat tempur X-wing yang digunakan dalam Start Wars akan dilelong dengan harga bidaan bermula AS400,000 (kira-kira 1.87 juta). FOTO Agensi

New York: Model pesawat tempur X-wing dalam Star Wars asal versi 1977 yang sudah lama hilang kini muncul semula dan sedang dilelong, dibuka dalam bidaan bermula pada harga AS$400,000 (kira-kira RM1.87 juta).

United Press International (UPI) melaporkan Heritage Auctions berkata model itu sudah lama dikenali sebagai ‘X-wing yang hilang’.

Kemudian ia ditemui dalam koleksi milik Greg Jein, yang meninggal dunia tahun lalu.



Karier Jein dalam pembuatan miniatur menyaksikan dia mendapat pencalonan anugerah untuk kerjanya dalam projek termasuk Star Trek and Close Encounters of the Third Kind.

X-wing adalah miniatur berskala 1:24 adalah satu daripada empat yang dicipta untuk penggambaran jarak dekat dalam momen penting semasa pertempuran aksi ketiga yang terkenal dalam Star Wars Episod IV: A New Hope.

Ia direka dengan jalur merah pada dua sayap teratasnya, pengenalan ia sebagai skuadron Rebel Alliance Red Leader.

Model itu juga terbabit semasa beberapa tangkapan untuk Red Five, pesawat yang dipandu oleh Luke Skywalker, dan Red Two, dipandu oleh Wedge Antilles.



Heritage Auctions berkata X-wing mewakili kemuncak artifak Star Wars yang pernah sampai ke pasaran.

Model itu dianggap hilang oleh pasukan Industrial Light & Magic selama beberapa dekad sebelum ia dikenal pasti oleh pakar kesan visual yang membantu keluarga Jein menyusun koleksi artifak sinematiknya yang banyak.

Model itu akan dilelong pada 14 Oktober hingga 15 Oktober depan dengan harga bidaan permulaan $400,000 (kira-kira RM1.87 juta).

X-wing Star Wars dilelong RM1.87 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Mahkamah kekal keputusan, rayuan Pendakwaraya gagal

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button