Lebih sejuta penduduk Perancis sertai bantahan kenaikan umur persaraan
Lebih sejuta penduduk Perancis sertai bantahan kenaikan umur persaraan
PARIS: Lebih sejuta penunjuk perasaan berhimpun di beberapa bandar di seluruh Perancis dalam pusingan terbaharu bantahan serta mogok terhadap rancangan kerajaan untuk menaikkan umur persaraan kepada 64 tahun.
Kesatuan sekerja menggesa lebih banyak bantahan pada hujung minggu diadakan dan memberi amaran keadaan boleh bertambah buruk sekiranya kerajaan tidak menarik balik rancangan itu.
Kesatuan itu turut menggesa pertemuan segera dengan pihak berkuasa diadakan bagi mebincangkan isu tersebut.
“Sikap berdiam diri Presiden, Emmanuel Macron adalah masalah demokrasi serius yang tidak dapat dielakkan dan menimbulkan kemelut lebih teruk,” menurut kesatuan itu.
Rang undang-undang (RUU) itu dilaporkan sedang dibahaskan di Dewan Negara minggu ini.
Kerajaan berhujah bahawa sistem sedia ada dijangka mengalami defisit dalam tempoh sedekad apabila penduduk Perancis semakin tua dan jangka hayat semakin panjang.
Menurut Ketua Polis Paris, Laurent Nunez, seramai 43 orang ditahan dalam perarakan membabitkan 81,000 peserta.-AGENSI
Lebih sejuta penduduk Perancis sertai bantahan kenaikan umur persaraan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Takiyuddin Mengesahkan Rancangan Menjatuhkan Kerajaan Dengan Mempertikaikan Kuasa Eksekutif Menteri KDN
- “Kembalilah sebagai pasukan UMNO” – Khaled Nordin
- “Saya bawa 3 tekad untuk Wanita” – Datuk Norliza
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja