Tunggu siasatan isu letup saluran paip Nord Stream -NATO
Tunggu siasatan isu letup saluran paip Nord Stream -NATO
WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg meminta semua pihak berhati-hati mengeluarkan kenyataan terhadap laporan media yang mendakwa kumpulan pro-Ukraine mungkin bertanggungjawab meletupkan saluran paip Nord Stream yang membekalkan tenaga Russia ke Eropah.
Lapor Al Jazeera, katanya, hal ini kerana masih belum terbukti siapa dalang di sebalik letupan saluran paip berkenaan.
“Terdapat penyiasatan nasional yang sedang dijalankan dan saya fikir adalah wajar untuk menunggu sehingga ia dimuktamadkan sebelum kami boleh merumuskan tentang siapa di belakangnya,” kata Stoltenberg.
Selasa lalu, New York Times melaporkan, risikan yang dikaji oleh pegawai Amerika Syarikat (AS) mendapati kumpulan pro-Kyiv mungkin berada di belakang serangan pada September lalu.
Letupan pada saluran paip yang menghubungkan Russia dan Jerman berlaku pada 26 September tahun lalu di zon ekonomi eksklusif Sweden dan Denmark.
Kedua-dua negara bagaimanapun membuat kesimpulan bahawa letupan itu disengajakan tetapi tidak menyatakan pihak mana yang bertanggungjawab.
Russia yang sebelum ini menyalahkan Barat bagaimanapun menuntut supaya siasatan telus di mana mereka juga mahu mengambil bahagian.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov mencadangkan laporan media itu adalah usaha yang diselaraskan untuk mengalihkan perhatian.
Peskov mempersoalkan bagaimana pegawai AS boleh membuat anggapan tentang serangan itu tanpa siasatan.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksii Reznikov berkata, laporan media itu sedikit pelik dan tiada kaitan dengan kerajaan Ukraine.
Reznikov berkata, beliau tidak bimbang tentang prospek laporan media yang melemahkan sokongan untuk Ukraine.
Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius pula memberi amaran terhadap kesimpulan tergesa-gesa yang dibuat perisikan AS itu.
“Kami perlu membuat perbezaan yang jelas sama ada ia adalah kumpulan Ukraine, sama ada ia mungkin berlaku atas arahan Ukraine atau kumpulan pro-Ukraine yang bertindak tanpa pengetahuan kerajaan,” katanya.
Tunggu siasatan isu letup saluran paip Nord Stream -NATO
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Takiyuddin Mengesahkan Rancangan Menjatuhkan Kerajaan Dengan Mempertikaikan Kuasa Eksekutif Menteri KDN
- “Kembalilah sebagai pasukan UMNO” – Khaled Nordin
- “Saya bawa 3 tekad untuk Wanita” – Datuk Norliza
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :