Russia tuduh Britain dalang serangan Nord Stream

Russia tuduh Britain dalang serangan Nord Stream

Russia tuduh Britain dalang serangan Nord Stream
RUSSIA dakwa Britain dalang serangan paip gas Nord Stream kelmarin.-AGENSI

MOSCOW: Russia menuduh Britain sebagai dalang serangan saluran paip gas Nord Stream dan mahu menarik diri daripada perjanjian untuk membenarkan penghantaran bijirin dengan selamat dari pelabuhan di Ukraine.

Kremlin bagaimanapun tidak menghuraikan atau memberikan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan bahawa Britain mempunyai kaitan dengan kerosakan saluran paip utama antara Russia dan Barat pada akhir September lalu.

Kementerian pertahanan Russia juga menuduh pasukan khas Britain membantu melakukan serangan dron besar-besaran ke atas kapal Russia di Laut Hitam kelmarin.

Russia turut menggunakan insiden itu sebagai alasan untuk menarik diri daripada perjanjian berbilang negara bagi membolehkan eksport produk pertanian selamat dari pelabuhan Ukraine yang diduduki Russia dilaksanakan.

Serangan dron berkenaan dilaporkan berlaku awal pagi kelmarin di pelabuhan Sevastopol menyebabkan sebuah kapal Russia mengalami kerosakan kecil.

“Hari ini rejim Kyiv melakukan serangan pengganas ke atas kapal Armada Laut Hitam dan kapal awam.

“Sebagai tindak balas, Russia kini akan menggantung penyertaan dalam perjanjian yang telah membenarkan penghantaran bijirin pertanian penting meninggalkan pelabuhan Ukraine,” kata Kementerian Pertahanan Russia dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu mendakwa sembilan dron dan tujuh kenderaan marin autonomi tanpa pemandu terlibat dalam serangan itu dan tentera Russia memusnahkan semua sasaran udara.

Kamera 360 terbaik untuk live streaming

Russia tuduh Britain dalang serangan Nord Stream

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker