Wanita maut, suami dan anak parah kereta terbabas



Wanita maut, suami dan anak parah kereta terbabas

Wanita maut, suami dan anak parah kereta terbabas
Operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit kereta dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Kluang – Batu Pahat malam tadi. – Foto ihsan Bomba

BATU PAHAT: Seorang wanita maut, manakala suami dan anaknya parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 12 Jalan Kluang – Batu Pahat dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata kemalangan berlaku ketika pemandu berusia 31 tahun bersama isterinya, 26 tahun dan anak lelakinya, empat tahun dalam perjalanan dari Sri Gading menghala ke Bandar Batu Pahat pada jam 9.45 malam.

“Siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di tengah jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.



“Akibat kemalangan itu, isterinya yang duduk di tempat duduk penumpang bahagian hadapan telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, suami mangsa dan anak lelakinya cedera parah.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat dan kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital yang sama bagi mendapatkan rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



2 maut, 3 parah kenderaan terbabas

Wanita maut, suami dan anak parah kereta terbabas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker