Polis Kedah bimbang ramai wanita Islam jadi ejen judi dalam talian

Polis Kedah bimbang ramai wanita Islam jadi ejen judi dalam talian

Polis Kedah bimbang ramai wanita Islam jadi ejen judi dalam talian
FISOL Salleh (kiri) menunjukkan peralatan yang digunakan dalam permainan judi belangkas dalam satu serbuan di Kampung Titi Akar, Pendang. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR: Seramai 370 wanita beragama Islam ditahan sepanjang tahun lalu kerana menjadi ejen yang mempromosikan judi secara dalam talian di negeri ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, bagi tahun ini pula seramai 67 wanita beragama Islam turut ditahan kerana melakukan tindakan sama.

Katanya, antara alasan mereka berbuat demikian adalah tawaran pendapatan harian yang lumayan.

“Saya nak tekankan perkara ini kerana Islam melarang sebarang kegiatan judi secara total. Tetapi melalui tangkapan dijalankan, kita dapat lihat penglibatan wanita beragama Islam yang menjadi ejen judi dalam talian.

“Isu ini perlu diberi perhatian kerana dibimbangi akan menjadi barah dan dianggap sebagai perkara biasa seperti perbankan atau pembelian dalam talian. Itu antara perkara yang menggusarkan.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau


“Polis Kedah akan ambil langkah berterusan untuk membanteras judi terutamanya secara dalam talian. Kita ambil isu ini sebagai cabaran yang perlu diatasi dan amat bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk membuat perubahan dalam akta berkaitan perjudian yang tidak pernah dipinda sejak 1953 seperti dinyatakan di Parlimen,” katanya.

Menurutnya, terdapat usaha untuk meminda akta tersebut pada 2019 namun usahanya berlangsung sangat perlahan dan beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri berhubung perkara itu.



Sementara itu Fisol berkata, seramai 20 individu ditahan ketika asyik bermain judi belangkas di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Titi Akar di Pendang, kelmarin.

Menurutnya, tangkapan itu dilakukan kira-kira pukul 7.15 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) IPK Kedah bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?




“Hasil serbuan tersebut, pihak polis berjaya merampas pelbagai peralatan digunakan dalam permainan judi belangkas serta wang tunai berjumlah RM28,624. Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 78 tahun.

“Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Pendang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh didenda tidak lebih RM5,000, penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tambahnya sejak Januari 2023, sebanyak 955 serbuan pelbagai jenis judi dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah melibatkan 982 tangkapan.

“Sebanyak 955 kertas siasatan dibuka dengan 477 kes telah berjaya dituduh di mahkamah iaitu 251 kes judi ekor haram, 222 judi dalam talian dan empat kes lain-lain judi,” katanya.-UTUSAN



Polis Kedah bimbang ramai wanita Islam jadi ejen judi dalam talian

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading