Tiga penagih dadah ditangkap curi kabel TM

Tiga penagih dadah ditangkap curi kabel TM

Tiga penagih dadah ditangkap curi kabel TM
Sebuah sekolah rndah di Kedah didakwa menyeleweng dana PIBG.

KUALA PILAH: Tiga orang penagih dadah ditangkap polis ketika mereka sedang mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) dalam kejadian di tepi jalan berhampiran Klinik Desa Inas, Johol di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, jenayah yang dilakukan mereka kira-kira pukul 10.15 pagi itu dikesan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Johol semasa penugasan Ronda Cegah Jenayah (RCJ).

Menurutnya, semasa tangkapan berkenaan turut dijumpai bersama suspek sebuah kereta jenis Perodua Alza warna kelabu yang mana di dalamnya mengandungi sejumlah peralatan yang digunakan untuk memotong kabel, vest dan kabel TM yang telah dipotong.

“Ketiga-tiga suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau turut dikesan positif dadah semasa saringan ujian air kencing dijalankan ke atas mereka.



“Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh boleh sampai tujuh tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?


Ujar Amran lagi, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.



Tiga penagih dadah ditangkap curi kabel TM

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button