Sewa inap desa jadi transit syabu

Sewa inap desa jadi transit syabu

Sewa inap desa jadi transit syabu
FISOL Salleh (tiga kanan) menunjukkan plastik berwarna hijau bertulisan ‘refined Chinese tea’ disyaki dadah jenis syabu yang dirampas dalam serbuan di sebuah inap desa di Sungai Petani pada sidang akhbar di IPK Kedah, Alor Setar. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR: Taktik dua lelaki menyewa inap desa sebagai lokasi transit menyimpan dadah terbongkar apabila mereka ditahan bersama syabu seberat 18.6 kilogram (kg) di Kampung Sungai Jagung di Sungai Petani, kelmarin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, tangkapan terhadap dua lelaki itu dibuat pada pukul 11.55 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Ketika diserbu katanya, kedua-dua lelaki tersebut sedang mengeluarkan sebuah kotak dari tempat menyimpan barang sebuah kereta jenis Honda City di pekarangan inap desa tersebut.



“Hasil pemeriksaan dalam kotak tersebut menemukan sebanyak 18 bungkusan plastik teh cina berwarna hijau. Di dalamnya, terdapat bahan disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 18.6kg.

“Nilai keseluruhan dadah itu dianggarkan RM671,220. Polis turut merampas dua kereta jenis Honda City dan Perodua Bezza serta wang tunai RM500,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Kedah di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau




Difahamkan, kumpulan tersebut mula aktif dalam kegiatan tersebut sejak Januari lalu dan dadah dirampas itu adalah untuk pasaran tempatan di negeri ini.

Fisol menambah, kesemua dadah itu dipercayai dibawa dari negara jiran dan sekiranya terlepas ke pasaran, akan dapat digunakan oleh kira-kira 40,000 penagih.

“Kedua-dua lelaki terbabit berusia 34 dan 35 tahun, seorang daripadanya berasal dari negeri ini manakala seorang lagi dari Kuala Lumpur. Ujian urin dijalankan mendapati kedua-duanya positif syabu dan memiliki rekod jenayah lampau.

“Mereka direman selama tujuh hari dan pihak kami akan menjalankan siasatan lanjut untuk tindakan seterusnya termasuk mengesan mana-mana individu yang mungkin terlibat dalam kegiatan itu,” katanya.



Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN

Sewa inap desa jadi transit syabu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading