Hazard minta diberi peluang bermain

BRUSSELS: Penyerang Real Madrid, Eden Hazard berkata dia “terperangkap dalam lingkaran” dan hanya masa perlawanan bersama juara Eropah itu boleh membawanya keluar daripada keadaan itu.

Pemain berusia 32 tahun itu masih belum bermain walau seminit buat Madrid dalam La Liga atau Liga Juara-Juara sejak berakhirnya Piala Dunia.

Ditandatangani dari Chelsea dengan perjanjian lumayan pada 2019, dia hanya ada setahun dalam baki kontraknya.



“Hanya satu perkara yang membolehkan saya keluar dari lingkaran ini iaitu masa perlawanan dan saya sendiri tahu saya tidak boleh menjaringkan lima gol dalam aksi pertama saya.

“Saya tidak bercakap dengan jurulatih,” kata pemain itu mengenai hubungannya dengan Carlo Ancelotti apabila ditemubual televisyen Belgium.

“Saya mahu kekal di sini dan membuktikan saya masih boleh bermain bola sepak selepas ada sebahagiannya meragui.”



Hazard berkata dia mahu kekal di Real dan tidak akan meninggalkan pasukan itu pada fasa perpindahan seterusnya walaupun ada sebahagian rakan sepasukan menasihatkannya untuk meneruskannya.

“Saya tidak minta sepenuh masa permainan, saya mahu rasa lebih berguna,” kata Hazard yang menamatkan karier antarabangsa bersama Belgium selepas Piala Dunia.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button