Farrell kalahkan pemenang gangsa Sukan SEA

Farrell kalahkan pemenang gangsa Sukan SEA

Farrell kalahkan pemenang gangsa Sukan SEA
Atlet olahraga Sabah, Farrel Glenn Felix Jerus mengungguli acara akhir lompat tinggi lelaki di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Stadium Nasional Bukit Jalil. STR/HAZREEN MOHAMAD

KUALA LUMPUR: Jika empat tahun lalu Farrell Glenn Felix Jurus dianggap ‘budak mentah’, namun penampilan keduanya di Sukan Malaysia (SUKMA) XX menghadirkan cerita yang berbeza dengan dia berjaya memenangi pingat emas acara lompat tinggi, hari ini.

Lebih membanggakan, kejayaan atlet Sabah berusia 20 tahun itu hadir selepas mengatasi pemenang gangsa Sukan SEA Hanoi yang juga rakan senegerinya, Mohamad Eizlan Dahalan yang terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tempat kedua.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Farell memastikan kilauan emas menjadi miliknya selepas mencatatkan lompatan 2.15 meter (m) mengatasi Eizlan (2.06m) manakala Kuan Jyh Yunn dari Perak meraih gangsa (2.03m).



Kejayaan Farrell menyaksikan dia menebus kekecewaan pada penampilan pertamanya yang ketika itu berusia 16 tahun di SUKMA 2018 di Perak apabila dia pulang dengan tangan kosong.

Emas dimenangi atlet berasal dari Tenom itu juga adalah emas pertama buat kontinjen Sabah pada temasya kali ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Sudah tentu saya berbangga dengan kejayaan ini apatah lagi dapat merekodkan catatan peribadi terbaik saya di sini. Saya juga gembira dapat menewaskan Eizlan yang lebih berpengalaman daripada saya.

“Kunci kejayaan saya adalah fokus dalam latihan, jaga makan, tidur awal dan yang paling penting disiplin,” katanya yang gagal dalam usaha melakukan lompatan setinggi 2.18m tetapi percaya masa akan tiba untuk dia merekodkan catatan itu.



Farrell, berkata fokusnya selepas ini adalah untuk melayakkan diri ke Sukan SEA Kemboja tahun depan.

“Saya tidak pernah beraksi di Sukan SEA dan ia adalah impian saya. Namun, saya sedar perlu bekerja keras dan meningkatkan lagi prestasi bagi melayakkan diri ke temasya itu,” katanya.

Sementara itu, acara lempar cakera wanita menyaksikan atlet Johor, Nur Atiqah Sufiah Md Hanizam memenangi emas dengan catatan 44.99m manakala Nani Sahirah Maryata dari Pahang meraih perak (39.97m) dan atlet Sarawak, Vanessa Niega Franky gangsa (35.38m).

Saingan bagi acara lompat kijang wanita pula diungguli atlet Perak, Nurul Ashikin Abas yang mencatatkan 12.81m diikuti Ng Yu Jie dari Pahang meraih perak (11.79m) manakala gangsa menjadi milik atlet Sabah, Dayang Shari Uluk (11.53m).



Bagi acara lontar peluru lelaki, atlet remaja kebangsaan, Jonah Chang Rigan yang mewakili Sarawak memenangi emas dengan catatan 16.65m diikuti atlet Perlis, Kamal Farhan A Rahma meraih perak (16.31m) manakala Farm Loong Deng gangsa (15.84m).

Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

Farrell kalahkan pemenang gangsa Sukan SEA

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button