Morata bantu Atletico benam Girona

GIRONA, Sepanyol: Alvaro Morata meledak gol pada minit ke-94 bagi memberikan kemenangan 1-0 Atletico Madrid mengatasi Girona awal pagi tadi dan mengukuhkan cengkaman mereka di kedudukan ketiga La Liga.

Selepas La Real, berkedudukan keempat seri di Mallorca pada Ahad, Atletico kini tiga mata di depan pasukan dari Basque itu hasil kemenangan saat akhir di Montilivi.

Morata meledak dari jarak dekat selepas bola hantaran lintang Angel Correa sampai kepadanya dan Atletico terselamat daripada pemeriksaan VAR sama ada penyerang itu berada dalam keadaan ofsaid.

“Bagi saya ia adalah sangat jelas (bahawa ia sah), tapi jika ia tidak diberikan saya akan pulang dengan basikal,” kata Morata kepada DAZN.



“(Rakan sepasukan saya) bimbang kerana saya menyentuhnya, tapi VAR memberikannya, jadi saya gembira.

“Sukar untuk melihatnya dari sana dan tidak menyentuhnya, mungkin mereka lebih bimbang jika saya tidak menyentuhnya dan ia tidak masuk.”

Girona, berkedudukan ke-12, bermula dengan baik dan merasakan mereka akan diberikan penalti apabila Stefan Savic memegang bola dalam kotak penalti tetapi penyerang, Taty Castellanos berada dalam keadaan ofsaid.

Selepas kemenangan 6-1 Atletico membelasah Sevilla minggu lalu, Simeone terus memberi kepercayaan terhadap Memphis Depay dan Antoine Griezmann di bahagian serangan.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker