Jokowi ziarah kubur ibunya
Jokowi ziarah kubur ibunya
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dikatakan menziarahi kubur ibunya, Allahyarhamah Sudjiatmi Notomiharjo sebelum menyambut kedatangan Ramadan pada minggu depan.
Lapor Kompas.com, pusara Allahyarhamah Sudjiatmi terletak di Tanah Perkuburan Umum (TPU) Mundu di kampung Selokaton, daerah Gondangrejo di Karanganyar.
Dilaporkan, Jokowi menziarahi pusara ibunya kira-kira pukul 2 petang (waktu tempatan) pada Sabtu lalu.
Berita Presiden Indonesia itu menziarahi pusara ibunya didedahkan oleh penjaga di TPU Mundu, Sidik Suramto.
“Ya, Presiden Jokowi sudah mengunjungi pusara Allahyarhamah Sudjiatmi untuk membaca doa pada Sabtu lalu,” katanya kepada TribunSolo.com.
Menurut Sidik, Jokowi menziarahi pusara ibunya seorang diri tanpa hadir dalam kumpulan individu yang ramai.
“Presiden Jokowi datang seorang diri ke pusara ibunya. Isterinya, Iriana dan anaknya, Gibran Rakabuming Raka serta cucunya, Jan Ethes Srinarendra tidak hadir sama,” katanya.
Tambah Sidik, Jokowi meluangkan masa kira-kira 15 minit ketika berada di pusara Allahyarhamah Sudjiatmi.
“Bukan itu sahaja, presiden juga meminta saya untuk menjaga pusara ibunya,” katanya.
Sementara itu, TribunSolo.com melaporkan Jokowi melakukan aktiviti ziarah kubur setelah menemani dua cucunya, Jan Ethes dan La Lembah Manah bersiar-siar di zoo Solo Safari.
Pemimpin itu kemudian menghantar dua cucunya ke kediaman di kampung Sumber sebelum bertolak menziarahi pusara ibunya.
Jokowi ziarah kubur ibunya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh
- Mahathir mahu tunggang GTA – GTA akan tunggang PN
- Wave “GELABAH” tidak akan menjadi kerana tiada ketulenen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :